berita

Lelaki Tunjuk Kemaluan, Ibu Kongsi Pengalaman Diganggu Pedofilia

September 26th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini tular seorang guru tahfiz di tangkap dan dikenakan hukuman atas kesalahan penderaan seksual terhadap 7 pelajar tahfiznya. Jenayah tersebut juga jatuh dibawah kes pedofilia kerana melakukan salah laku seks terhadap kanak-kanak bawah umur.

Artikel Berkaitan: Dipaksa Onani & Mandi Bersama, Pelajar Tahfiz Cerita Apa Yang Dilakukan Mudir

Terbaru, seorang ibu menceritakan pengalaman beliau dan anak-anaknya diganggu si pedofilia di sebuah pusat membeli belah. Berani betul si pedofilia buat macam tu!

Tunjuk kemaluan

Menerusi posting Facebook tersebut, beliau pada mulanya tidak percaya dengan kata-kata anaknya. Namun apabila anaknya mengatakan lelaki pedofilia tersebut menunjukkan kemaluannya, beliau bergegas kekaunter dan memaklumkan perkara tersebut.

Selalu dengar dan baca je pasal pedophile hari ni terjumpa seekor kat *********** ( sebelah pasar borong )!! Dia tunjuk punai ( penis ) dia kat anak lelaki saya berumur 12 tahun dan anak dara dan sorang lagi kawan anak perempuan umur 16 tahun..Mula2 bila anak bgtau saya macam ni “Mummy kitorang jumpa org gila” Saya terus marah dan sound balik.. Eh korang ni orang gila mende? X elok ckp macamtu.. then anak lelaki saya darjah 6 terus cakap bukan gila macam tu.. gila lain! Dia tunjuk kote dia kat kitorang!Bila anak2 bgtau saya terus pergi kaunter inform pihak ***** dan bayar barang2. Bila dia nampak anak2 datang dekat saya.. dia lari.. So nak tunjuk dia kat staff ***** pu x boleh sebab tiba2 dia menghilangkan diri.. 

Terus mengikut

Tapi x habis situ kita pegi *** dia ikut lagi.. Serious! Anak2 terus panggil bgtau itu org yang tunjuk kote kata dorang.. saya tanya 2 – 3 kali betul ke? Ye betul.. Kita sempat ambik gambar dan terus berambus dari situ..keluar dari diy kami terus pegi ke kereta.. Pesananan dekat parents.. Jangan sesekali biar anak2 keluar tanpa ditemani kita orang dewasa. Orang gila ada kat mana2..

Sumber: Affida Anggun Sedi

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×