berita

Lelaki Warganegara China Maut Akibat Hantavirus , 32 Penumpang Bas Berisiko Kena Jangkitan

March 25th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Beijing, China seorang lelaki disahkan meninggal dunia akibat dijangkiti penyakit berjangkit iaitu hantavirus.

Maut di dalam bas

Menerusi laporan yang dipetik daripada Global News memaklumkan bahawa mangsa yang berasal dari wilayah Yunnan itu maut ketika dalam perjalanan pulang dari wilayah Shadong menaiki bas.

Seorang lelaki dari Wilayah Yunnan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke Wilayah Shandong untuk bekerja, di dalam sebuah bas disewa pada Isnin lalu.

Difahamkan, 32 orang penumpang  yang telah menaiki bas tersebut telah pun diarahkan untuk menjalani saringan kesihatan namun, sehingga kini tiada sebarang maklumat terperinci mengenai keputusan ujian saringan tersebut.

Berjangkiti daripada tikus

Menurut sumber, Hantavirus ini adalah satu jenis penyakit berjangkit yang pertama kali dikesan di Amerika Syarikat sekitar tahun 1993. Hantavirus ini juga dikatakan jarang sekali menjangkiti manusia.

Namun ianya boleh dijangkiti melalui debu yang telah tercemar dengan air liur, air kencing dan najis tikus. Bukan itu sahaja, Hantavirus ini juga dikatakan berlaku disebabkan terkena jangkitan atau gigitan daripada tikus.

Dr. Sumaiyah Sheikh juga ada memaklumkan bahawa virus ini jarang sekali tersebar antara manusia ke manusia. Tetapi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) memaklumkan bahawa di Chile dan Argentina terdapat kes dimana Hantavirus ini telah berjangkit daripada kalangan kenalan rapat yang dijangkiti Hantavirus dan ianya dikenali sebagai Andes Virus. Tambahnya lagi, sehingga kini virus ini masih belum mempunyai vaksin.

Tiada rawatan penyembuhan atau vaksin yang spesifik untuk jangkitan hantavirus. Oleh itu, jka anda berada di sekitar tikus dan mengalami gejala demam, sakit otot dan sesak nafas yang teruk maka segeralah berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan.

Sumber: Global News, New York Post, India Today

SKIP THIS AD ×