berita

Ibu Bapa Terbang Pergi Bercuti & ‘Tinggal’ 2 Anak Disyaki Dijangkiti Wabak Koronavirus Di Airport. Kejam!

January 24th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Perayaan Tahun Baru Cina semakin tiba, jadi berjuta-juta rakyat China telah mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung halaman menyambut perayaan bersama ahli keluarga. Tetapi malangnya, kes wabak koronavirus yang berlaku di China ini secara tidak langsung telah memberi kesan terhadap perjalanan mereka.

Seperti yang terjadi baru-baru ini di China, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan dua orang anak mereka yang demam di lapangan terbang kerana disyaki dijangkiti wabak koronavirus.

Tinggal dua anak di lapagan terbang

Menerusi laporan Shanghaiist, kawalan kesihatan semakin ketat dijalankan terutamanya di kawasan lapangan terbang bertujuan untuk mengesan serta menghalang penumpang yang mengalami demam dan mempunyai simptom-simptom wabak ini supaya tidak meneruskan perjalanan mereka. Hal ini bagi mengelakkan daripada wabak ini terus tersebar dan menjangkiti orang lain. Berikutan daripada itu, ibu bapa bersama dua orang anaknya telah ditahan pihak imigresen di Lapangan Terbang Nanjing Lukou kerana kedua-dua anak mereka disyaki terjangkiti dengan wabak ini.

Walaupun sudah ditahan, ibu bapa yang langsung tidak berhati perut ini kemudian menunjukkan tanda protes dengan menimbulkan kekecohan sehingga telah melewatkan jadual perjalanan penerbangan berkenaan. Mereka kemudian mengarahkan supaya kedua anaknya yang sedang sakit itu ditinggalkan di lapangan terbang tersebut sementara mereka tetap ingin meneruskan perjalanan mereka ke Changsha.

Dijaga petugas lapangan terbang

Menurut sumber, walaupun pihak penerbangan sudah beberapa kali menukar pintu pelepasan tetapi pasangan ini tetap berdegil. Pasangan ini merayu kepada kakitangan penerbangan yang bertugas supaya membenarkan mereka untuk meneruskan perjalanan memandangkan mereka berdua berada dalam keadaan yang sihat dan tidak terjangkiti dengan wabak koronavirus.

Pihak penerbangan tidak mampu berbuat apa-apa dan telah membenarkan pasangan ini meneruskan destinasi mereka. Kedua-dua kanak-kanak tersebut kemudian telah dijaga oleh petugas lapamgan terbang sementara menunggu penjaga mereka untuk datang.

Sumber: Shanghaiist, World Of Buzz

SKIP THIS AD ×