berita

Wad Di Hospital Penuh & Stok Ubat Tak Ada, Ibu Kongsi Detik Cemas Anak Dijangkiti Influenza A

January 18th, 2020 | by Shira
Kini Trending

Seperti yang ramai sedia tahu, negara kita kini sedang hangat dengan isu jangkitan virus influenza. Isu ini dilihat semakin meluas dan kebanyakan daripada mangsa virus ini adalah dalam kalangan kank-kanak.

Seperti perkongsian seorang ibu, Veronica Hendry Justin di laman Facebook menceritakan detik cemas yang dialaminya apabila anaknya dijangkiti virus influenza. Namun apa yang lebih mencemaskan apabila kebanyakan hospital yang dilawatinya itu kehabisan stok ubat yang diperlukan oleh mereka yang dijangkiti virus ini.

Suhu tiba-tiba naik

Pada 13 Januari 2020, balik dari sekolah Lexie cakap dia pening dan rasa panas badan. Mummy cek suhu ok je, tak ada demam. Lepas dinner mummy tengok Lexie lemah tidur depan tv, cek suhu terus 38.5 darjah celcisu, terus lap-lap, malam tu naik sampai pagi 39.4 darjah celcisu. Lepas bagi ubat turun suhu 37.6 darjah celcius, masih demam. Sampai lah pagi mummy tidur-tidur ayam jaga suhu Lexie risau juga sawan.

Keesokan harinya, mmmy risau takut Lexie kena tu influenza sebab musim kan. Jadi mummy call banyak klinik yang ada kit untuk buat test influenza. Pergi 4 klinik baru jumpa yang ada kit test tu. Yang lain semua habis. Sampai klinik doktor cek Lexie terus cakap ‘ini bukan influenza ni, ini tonsil dia bengkak, tak perlu cek la saya bagi ubat’. Lega lah mummy sebab bukan influenza biarpun rasa tak sedap hati. Dapat lah ubat demam, selsema, batuk, tonsil dan antibiotik. Sampai rumah bagi Lexie makan semua ubat lepas tu dia tertidur.

Masa tidur tu demam dia makin naik, tiba-tiba muntah. Memang petang tu sampai malam suhu Lexie 39 darjah celcius ke atas je. Lepas 6 jam bagi lagi ubat demam naik juga sampi 39.9 darjah celcius terus naik 40.2. Laju saya bawa pergi klinik yang sama, terus doktor lain, mungkin dah habis shift. Tu doktor cek tak lama dia cakap Positive Influenza A. Terkejut mummy! Terus doktor cakap, kamu kena cari ubat cepat di mana-mana yang ada sebab di  sini sudah habis stok. Sebab ubat yang kamu dapat sebelum ni makan pun tak akan baik, demam tak akan turun. Kena cari ubat tamiflu. Terus mummy bawa Lexie balik rumah packing baju nak bawa pergi hospital.

Hospital penuh, ubat habis

Mula lah misi mummy call hampir semua hospital private dan government untuk tanya ubat dan bilik kosong. Semua penuh dan ubat pun tak ada. Ada yang mesej, call, whatsapp mummy cakap ada di Penang, Johor, Singapura dan Negeri Sembilan. Tapi bila fikir mummy macam nak pergi lepas habis suami outstation sampai minggu depan. Tengok jam hampir pukul 1 pagi, Lexie sudah tertidur. Mummy pun macam dah putus asa, terus tertidur. Mummy risau sebab banyak dah kes yang meninggal sebab virus ini.

15 Januari 2020, pagi tu terus mummy bawa pergi Prince Court dengan harapan ada ubat biarpun mummy tahu bilik penuh. Malangnya lepas jumpa doktor dia cakap dapat buat ini je. Doktor tulis di slip nama-nama ubat yang saya perlu cari untuk Lexie sebab di sana pun ubat habis. ‘Maaf puan, ini je dapat kami bantu’. Mummy ambil lah slip tu keluar daengan perasaan sedih dan takut. Tengok Lexie lemah sudah, macam-macam mummy fikir. Mummy try lagi call beberapa hospital malangnya semua hospital penuh dan ubat pun habis juga.

Syukur bila call UITM Private Specialist Centre yang kawan saya suggest dia cakap ada 2 bilik kosong tapi siapa cepat dia dapat. Laju mummy drive pergi Dr. Prince Court. Sampai sana doktor cek demam 39.2. Laju kena bagi drip air. Sebenarnya ubat di sana pun habis masa kami sampai tapi yang penting adalah doktor pantau Lexie daripada bawa balik rumah. Lexie warded. Malam tu nurse tu cakap dengan doktor ubat Tamiflu sampai sudah. Thanks God atas doa semua dapat juga ubat untuk Lexie. Malam tu demam turun ke 37.5 darjah celcius, demam tapi rendah. Malam tu daddy sampai dari Perak terus pergi tempat Lexie. Ringan sikit rasa bila suami ada sekali.

Demam semakin surut

16 Januari 2020, keadaan Lexie masih on drip, demam masih on off tapi sudah cergas sikit. Tengah hari tu mummy balik pergi Klinik Taman Eshan pergi cek baby bump mummy. Jadi daddy jaga mummy dan Lexie masa tu. Masa subuh-subuh ada 1 kali je suhu dia 39.2 terus mummy lap-lap je dan nurse bagi ubat demam. Keesokan harinya, Lexie tak demam dah, tak muntah dan tak ada cirit birit. Doktor terus bagi Lexie balik. Influenza tak ada dah cuma perlu continue beberapa ubat di rumah. Seksa duduk di hospital tu dalam keadaan mummy bawa perut lagi.

Pesanan saya untuk semua, kalau ada anak yang demam tak turun-turun cepat-cepat bawa pergi cek influenza test. Mummy pun tak pasti mana Lexie kena jangkitan, mungkin masa on the way dari Sabah pergi Kuala Lumpur. Nasib baik adik Lexie tak kena. Mummy memang pakai mask je, tidur pun pakai mask sebab mummy pregnant dan berisiko tinggi untuk dapat jangkitan.

Sumber: Veronica Hendry Justin