berita

Anak Dakwa Mak, Ayah & Adik Minum Racun Sebelum Lemas, Tapi Apa Yang Sebenarnya Berlaku?

October 19th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Semalam, tiga beranak yang lemas di Sungai Arau dipercayai minum racun sebelum terjun ke sungai akibat tekanan hutang. Ianya berdasarkan keterangan awal anak lelaki mangsa berusia 37 tahun kepada pihak polis selepas beliau ditahan semalam di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah, malam tadi.

Terlalu takut ambil keputusan lari diri

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, pada pagi Selasa lalu, mereka sekeluarga menaiki kereta api dari Sungai Petani ke Arau sebelum bertindak meminum racun dan terjun ke Sungai Arau.

Bagaimanapun lelaki berkenaan berubah fikiran selepas melihat ibu, bapa dan adiknya terjun ke sungai berkenaan sejurus meminum racun.

Akibat terlalu takut dia mengambil keputusan balik ke Sungai Petani menaiki kereta api pada Rabu pagi sebelum dikesan orang ramai malam tadi.

Lelaki berkenaan direman

Tambah beliau lagi, berikutan kes tersebut lelaki berkenaan direman bermula hari ini hingga 22 Oktober bagi membantu siasatan berhubung kematian keluarganya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh diri dan Seksyen 35(e) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 kerana menyembunyikan kematian.

Kronologi kes

Menurut laporan lalu, empat sekeluarga dikhabarkan datang ke Arau bagi melawat saudara mara mereka. Namun kali terakhir mereka dilihat oleh penduduk kampung sedang berjalan kaki di tepi sungai kira-kira tiga kilometer dari rumah saudara mereka sebelum dilaporkan hilang.

Disangka keempat-empat mereka mati lemas selepas tiga daripada mereka dijumpai di dua sungai yang berbeza, anak lelaki mangsa dijumpai dan ditangkap di Sungai Petani, Kedah di sebuah restoran pada malam tadi.

Respon netizen

Namun, rata-rata netizen tidak mempercayai keterangan yang diberikan oleh lelaki tersebut kerana beliau didakwa selolah-olah cuba untuk menyembunyikan sesuatu dari pihak polis.

Sumber: Harian Metro, Facebook Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×