berita

Lembut, Crispy & Enak, Resepi Tauhu Berlauk Ini Confirm Buat Korang Ketagih

March 29th, 2019 | by Amirul Asraf
MyResipi

Ketandusan idea untuk mempelbagaikan menu sering menjadi permasalahan buat golongan ibu. Lagi-lagi pada musim cuti persekolahan. Pasti anak-anak menginginkan sesuatu menu yang berbeza dan menarik.

Kali ini, kami nak kongsikan resepi tauhu berlauk daripada cetusan idea pengguna Facebook, Misez Rose Nanie. Sedapnya! Jom cuba..

Bahan-bahan diperlukan

Bahan Tauhu

  • 6 keping tauhu putih
  • 3 tiub tauhu jepun
  • 2 cili besar dan cili kecil (kalau tak nak, tak payah letak)
  • 6 biji telur
  • 3 biji bawang
  • 1 paket daging kisar (boeh pakai brand apa saja)
  • Daun sup
  • Daun Bawang
  • Garam
  • Lada Sulah
  • Ajinomoto

Bahan sambal kicap

  • 4 ulas bawang putih
  • Kicap
  • Ajinomoto
  • Gula

Cara-cara menyediakan

1. Kisarkan tauhu, tauhu jepun dan 3 biji telur (kalau blender korang besar, masuk saja semua sekali. Tak payah letak air sebab ada telur).

2. Masukkan hirisan daun sup, bawang merah, daging dan cili merah.

3. Letak garam, ajinomoto, pasti sedap dan serbuk lada sulah dan gaul sehingga rata.

4. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang kalau ada, tak ada kalau gunalah bekas plastik dan kukus sehingga 15-20 minit. Dia akan mengeraslah sikit.

5. Pecah 2 ke 3 biji telur dan dikocok. Celupkan tauhu yang telah dipotong dan goreng sehingga kekuning kuningan. Nak letak serbuk roti pun boleh (akan menjadi seperti nugget).

6. Sambal kicap pula, korang kisar bawang putih, kicap sampai hancur. Nak sedap letak kacang tanah di tumbuh atau perah limau nipis. Dah siap, boleh terus cicah tauhu yang dimasak bersama sambal kicap.

Selamat mencuba!

Sumber: Misez Rose Nanie

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×