Melalui perkongsian Noran Nordin, dia telah berkongsi satu resepi yang mudah dan menarik untuk disediakan iaitu brownies cookies. Kalau sebelum ini, korang mesti biasa makan kek brownies bukan? Namun untuk kali ini, wanita ini membuat sedikit kelainan dengan brownies cookies.
Bahan-bahan yang diperlukan
- 350 gm dark chocolate
- 100 gm butter
- 3 biji telur
- 100 gm icing (boleh kurangkan sikit ikut korang)
- Esen vanilla
- 100 gm tepung gandum
- 2 sudu serbuk koko
Cara penyediaan
1. Cairkan coklat dan butter.
2. Sementara itu, gaulkan gula dan telur guna wisk saja (masukkan esen vanilla dan gaul sebati sehingga gula hancur).
3. Ayakkan tepung dan serbuk koko (masukkan adunan coklat ke dlam bekas telur tadi, gaul sehingga sebati juga).
4. Masukkan adunan tepung sikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan coklat.
5. Paip kan adunan pada makaron mat, letak kacang almond atau apa-apa yang korang suka dekat atas adunan tersebut.
6. Bakar pada 140/150 selama 20-30 minit (ikut jenis oven masing-masing).
Selamat mencuba!
Sumber: Noran Nordin