Yala merupakan salah satu wilayah di Thailand yang terletak di bahagian paling selatan negara tersebut. Wilayah itu bersempadan dengan Negeri Perak dan Kedah, Malaysia di bahagian selatan. Semua sedia maklum kebanyakan penduduknya merupakan orang Melayu.
Kali ini kami kongsikan dengan korang foto sekitar festival Hari Melayu Yala 2019 yang disambut cukup meriah. Siap berpakaian tradisi Melayu. Fuh sekali pandang macam ada rombongan kahwin.
Siap naik gajah
Acara yang berlaku pada Feb lepas telah dianjurkan oleh Konsul Jeneral Malaysia dan Indonesia di Songkhla, Kedutaan Brunei, Pejabat Budaya Wilayah Yala dan Perbandaran Yala. Selain itu, beberapa universiti sekitar Yala turut mengambil bahagian menyertai acara ini.
Acara ini turut dihadiri oleh Datuk Bandar Yala dalam melihat perkongsian strategik masa depan dalam pembangunan pendidikan.
Menyerlahkan keharmonian budaya
Menurut Datuk Bandar Yala Pongsak Yingchoncharoen, perayaan itu bermula pada 2014 untuk menyerlahkan budaya Melayu Yala. Selepas penampilan sulungnya, acara itu menarik minat pelbagai sektor, yang membawa kepada tawaran menjadi penganjur bersama pada tahun-tahun berikutnya.
Meriah sungguh! Jom pergi 2020 nanti
Acara yang kini dalam tahun kelima, menampilkan perarakan budaya Melayu dari Malaysia, Indonesia dan Brunei, seminar mengenai bahasa Melayu, perarakan gajah, pertandingan terbang layang-layang, pertandingan ucapan Thai-Malayu, demonstrasi masakan tempatan, dan persembahan kebudayaan dari Malaysia dan Indonesia untuk menyerlahkan keharmonian budaya.
Sumber : Putera Aduka