Di Facebook, seorang jurutera yang dikenali sebagai Ir Abdul Rahman Bahasa berkongsi pengalamannya selepas menjalani ujian pra-klinikal vaksin Covid-19 di Hospital Ampang, Selangor. Menurut Abdul Rahman, ujian pra-klinikal ini mempunyai empat peringkat yang perlu dihadapi oleh semua penerima.
Lengkap tujuh hari selepas suntikan pertama
Hari ini aku pergi ke Hospital Ampang sekali lagi untuk menyerahkan diari kesihatan aku. Diari kesihatan ini untuk rekod pemantauan 7 hari pertama selepas di cucuk dalam kajian vaksin Covid-19. Appointment aku pukul 2 petang. Sampai di Hospital Ampang, aku daftarkan diri and tunggu giliran untuk berjumpa petugas perubatan. Jururawat mengambil suhu badan saya dan bacaan pada masa itu ialah 36.9. Sebaik sahaja suhu diambil, jururawat turut bertanya sama ada saya mempunyai alahan, cirit birit, loya, susah bernafas dan pening. Saya memberitahu tiada sebarang simpton yang dialami lalu saya diberikan diari baru untuk pemantauan tujuh hari akan datang.
Menurut Abdul Rahman, dia perlu hadir semula ke hospital selepas tujuh hari melakukan ujian pra-klinikal vaksin Covid-19. Tambahnya, doktor turut memberi penerangan selama 10 minit selepas dia melakukan pemeriksaan kesihatan pada hari berkenaan. Di samping itu, dia turut berkongsi empat peringkat yang harus dilalui semasa menjalani ujian pra- klinikal tersebut.
Untuk peringkat pertama, mereka perlu menjalani ujian swab dan pemeriksaan darah bagi memastikan diri mereka bebas daripada wabak Covid-19 dan Hiv. Di peringkat kedua, suntikan dos pertama akan diberikan. Kesemua penerima tidak tahu sama ada bahan yang diberikan kepada mereka itu adalah vaksin mahupun placebo. Ini kerana, ujian pra-klinikal ini merupakan double blinded study. Manakala, di peringkat terakhir, mereka akan dipantau selama tujuh hari jika berlakunya sebarang kesan sampingan. Yang terkahir, suntikan kedua pula akan diberikan.
Boleh menjalani kehidupan seperti biasa
So far, aku boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Aku masih boleh makan, minum, pergi kerja, main dengan anak-anak, tegok kerja sekolah anak semua macam biasa. Semua masih normal. Alhamdulillah. Lepas tu tak ada pula rasa ada benda gerak-gerak dalam badan.
Terdahulu, Abdul Rahman turut berkongsi keadaan dirinya setelah menerima suntikan pertama ujian pra-klinikal tersebut. Ujarnya, dia mampu melakukan aktiviti harian seperti biasa dan tidak mempunyai sebarang kesan sampingan. Tambahnya, doktor memberi nasihat supaya kesemua mereka berfikiran positif. Ini kerana, fikiran positif akan membantu seseorang individu menjalani kehidupan yang sihat. Lebih penting, sistem imunisasi badan bakal menjadi kuat dan lebih baik.
Sumber: Ir Abdul Rahman Bahasa