Perempuan dengan skincare dan alat solek memang tak boleh dipisahkan, kalau shopping dua benda ni kadang-kadang boleh sampai seharian.
Rambang mata dibuatnya dengan pilihan yang banyak di pasaran kan? Tapi ni kitorang nak share dengan korang antara produk wajib cuba yang korang kena dapatkan kalau nak tampil berseri sentiasa.
Produk Alia diperkaya dengan bahan asli daripada Korea dan Habbatus Sauda yang bagus untuk kulit
Untuk korang yang tak tahu, Watsons ada rangkaian alat solek serta produk penjagaan kulit berjenama Alia yang diformulasikan khas dengan bahan asli daripada Korea dan juga Habbatus Sauda bagi menjamin kesihatan kulit korang.
Saya mulakan dengan personal favourite saya, Alia Matte Lipticks! Ia dibarisi 5 pilihan warna termasuk red wood, living coral, burnt caramel, brick red dan pale ruby. Kesemua warna sesuai untuk korang gayakan setiap hari atau menghadiri acara istimewa.
Walaupun ianya adalah matte lipsticks tapi ia sama sekali tak akan membuatkan bibir korang kering tau, sebab adanya ekstrak buah avocado Korea yang melembapkan bibir. Haa tak ada lah bibir korang mengelupas atau pecah lagi bila selalu pakai matte lipsticks.
Korang mesti suka punyalah Alia Matte Lipticks ni, kalau tak percaya pergi beli satu dulu and cuba sendiri. Gerenti nanti korang akan beli warna lain juga!
Nak tampil jelita setiap hari tapi tak ada masa untuk bersiap lama? Sis jangan risau! Gunakan je Alia 2 Way Cake dan BB Cream untuk hasil solekan yang natural dan segar.
Ia bakal memberikan coverage secukupnya untuk menutup noda serta cela pada wajah dan meratakan tona kulit korang.
Solekan pun tak akan bercapuk walaupun korang dah seharian di luar rumah. Yeay! Tak payah nak touch up banyak-banyak kali.
Produk penjagaan kulit khusus untuk merawat bermasalah
Set penjagaan kulit didatangkan dengan dua pilihan iaitu Alia Brightening Range yang bertindak untuk mengurangkan penghasilan melanin serta mencerahkan kulit dan Alia Tea Tree Range yang mana bagus untuk mengawal penghasilan sebum juga merawat cela.
Alia Brightening Range
Alia Brightening Range diperkaya dengan kebaikan Jeju Lily bagi membantu proses pencerahan kulit secara sihat dan didatangkan dengan 5 produk utama seperti di bawah
Brightening Facial Cleanser: Membersihkan wajah dari sebarang kotoran degil, solekan dan minyak yang berlebihan. Ia membersih wajah secara lembut tanpa memberikan kesan kering atau tegang yang tidak selesa
Brightening Facial Toner: Toner penting untuk korang yang ada masalah liang pori terbuka, ianya bakal membantu untuk lock-in kelembapakan pada kulit sekaligus menjadikan kulit korang lebih anjal dan terhidrat dengan sempurna
Brightening Day Moisturizer SPF 15: Sekarang dah tak payah risau kalau korang jenis yang selalu lupa gunakan SPF di siang hari sebab pelembap ni dah didatangkan sekali dengan perlindungan matahari. Ia bakal melindungi kulit korang daripada sinaran UV dan melembapkan kulit dalam masa yang sama. Bonus! ia juga berkesan untuk meratakan tona kulit yang tak sekata.
Ada juga Brightening Suncreen Gel dan Tone-up Cream UVA/UVB sebagai perlindungan tambahan untuk korang yang selalu terdedah pada sinaran matahari.
Brightening Night Moisturizer: Gunakan pelembap malam bagi mencapai kulit yang lebih kenyal dan anjal. Dengan penggunaan konsisten ia boleh menghilangkan cela dan bintik hitam pada wajah.
Brightening Water Sleeping Mask: Sebelum tidur sapukan sleeping mask ke seluruh wajah dan rasai perbezaanya pada keesokan hari, kulit korang akan terlihat lebih dewy, berseri dan mulus macam kulit gadis korea!
Alia Tea Tree Range
Alia Tea Tree Range pula diformulasikan khas dengan ekstrak teh hijau Jeju dan minyak tea tree baik untuk merawat masalah kulit yang mudah berjerawat dan berminyak.
2 in 1 Makeup Remover + Cleanser dan Facial Cleanser: Double cleansing tak boleh skip terutama sekali kalau korang selalu pakai makeup! Dengan pembersihan yang lebih mendalam, liang pori korang tak akan tersumbat dan dapat kurangkan penghasilan jerawat.
Jadi, ingat ye setiap kali korang gunakan makeup remover ia perlu diikuti dengan facial cleanser barulah kulit korang lebih sihat.
Toner: Rasa wajah korang tak cukup bersih walaupun dah guna teknik double cleansing? Toner akan tolong menghidrat dan menanggalkan saki baki kotoran yang tersisa jika masih ada.
Moisturizer: Mengembalikan kelembapan padan kulit wajah dan menghidrat kulit dengan secukupnya, ia dirumus khas bagi menghalang jerawat baru daripada terbentuk.
Tea Tree Oil asli (tiada campuran bahan lain): Penggunaan konsisten Tea Tree Oil boleh mengurangkan cela pada wajah dan cegah penghasilan jerawat.
Pimple Cream: Kalau korang rasa ada jerawat yang dah mula nak naik, cepat-cepat sapukan dengan krim jerawat ni, ia berkesan untuk mematikan kuman pada jerawat dan menghalangnya daripada membesar.
Pewangi pun ada! Memang lengkaplah..
Tak lengkap bersiap tu kalau korang tak semburkan sedikit pewangi. Ada pelbagai pilihan bau-bauan yang boleh korang pilih daripada aroma buah-buahan sehinggalah bau wangi bunga.
Terdapat semburan badan, minyak wangi roll on dan juga minyak wangi bersaiz penuh 50ML. Tinggal pilih je yang mana bersesuaian dengan kegunaan harian korang :)
Kesemua rangkaian produk Alia mengandungi habbatus sauda yang berfungsi sebagai anti-oxidants serta tidak megandungi sebarang bahan berbahaya seperti mineral oil, lanolin, parabens dan alcohol. Malah, ia juga dijamin halal dan selamat digunakan pengguna Muslim.
Jika korang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai produk Alia korang boleh klik Di SINI atau terus je kemana-mana cawangan Watsons berdekatan.
Selamat mencuba!