berita

LengQuas Tawar Hadiah Lumayan Sehingga RM100,000 Bila Korang Belanja Minima RM20!

April 24th, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Siapa je yang tak suka makanan ready to eat, betul tak? Dah la senang disediakan, lepas tu sedap pulak untuk dinikmati.

Tambahan pula, bila bulan puasa ni,  dengan adanya stok makanan ready to eat di rumah ni bolehlah dijadikan sebagai penyelamat andai kata kita lewat pulang dari kerja untuk berbuka dan terbangun lambat untuk sahur.

Lebih wow lagi, apabila korang semua sebenarnya berpeluang untuk menang hadiah bernilai sehingga RM100,000! Nak tahu caranya? Min ada kongsikan di bawah.

Makan & Menang dengan LengQuas!

Bagi pengetahuan korang semua, LengQuas sekarang ada buat peraduan Makan & Menang dimana korang boleh menang hadiah bernilai sehingga RM100,000 yang terdiri daripada 6 buah Thermomix dan pelbagai lagi.

Caranya mudah sahaja, korang cuma ikut je langkah-langkah yang min share di bawah. Kalau menang jangan lupa belanja min pulak ye.

Langkah penyertaan adalah seperti berikut:

1. Beli mana-mana produk LengQuas di kedai atau ejen sah LengQuas

2. Pelanggan harus berbelanja minima RM20 dalam satu resit untuk menyertai pertandingan Makan & Menang.

3. Imbas kod QR tertera untuk mengisi borang pendaftaran.

4. Isi maklumat di ruangan yang disediakan dan jawab soalan yang diberikan.

5. Sertakan gambar resit sebagai bukti pembelian.

6. Pemenang akan dihubungi bagi sesi cabutan hadiah.

** Peraduan sah dari 1 April hingga 30 Jun 2021. Tertakluk terma & syarat.

Selain itu, LengQuas juga adakan pertandingan dikalangan ejen-ejen sah mereka bagi menggalakkan persaingan penjualan produk secara sihat. Setiap bulan ejen dengan jualan tertinggi akan terima durian runtuh. Letop!

LengQuas produk KOPETRO untuk korang semua!

Korang pernah dengar tentang LengQuas? Belum? Haishhh… Dah ketinggalan jauh dah korang ni. LengQuas ni ialah produk makanan sejuk beku keluaran KOPETRO Food Sdn.Bhd.

Sedikit info mengenai KOPETRO untuk korang semua, KOPETRO ialah Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad yang telah ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu iaitu pada 30 Oktober 1980.

KOPETRO terlibat dalam empat bidang perniagaan utama iaitu Servis Kewangan, Pelancongan dan Perhotelan, Makanan dan Minuman dan juga Perdagangan. Mereka telah menerima dua anugerah berprestij pada tahun 2020 iaitu anugerah oleh The BrandLaureate bagi kategori SMEs Bestbrands E-Branding Award dan juga Lang International Corporate Titan Awards.

LengQuas tawar pelbagai produk makanan sejuk beku, sedia untuk dimakan!

LengQuas menawarkan pelbagai sajian lauk-pauk tradisional yang sedap-sedap. Selain itu, LengQuas juga telah mendapat pengiktirafan HACCP dan GMP daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan, Malaysia selain pensijilan HALAL, MESTI dan Buatan Malaysia.

Berikut adalah senarai sajian yang LengQuas ada untuk korang cuba:

  • Beef Stew
  • Chiken Glaze
  • Daging Lemak Kuning
  • Kari Daging
  • Daging Asam Pedas
  • Daging Dendeng
  • Kuah Kacang
  • Daging Masak Hitam
  • Ayam Masak Hitam
  • Rendang Ayam
  • Ayam Percik
  • Paru Goreng Berlada
  • Sambal Ikan Bilis
  • Ayam Masak Merah
  • Nasi Briyani Ayam Rendang
  • Nasi Putih Daging Masak Hitam
  • Nasi Minyak Ayam Percik
  • Nasi Hujan Panas Ayam Kurma
  • Nasi Briyani Ayam Masak Merah
  • Nasi Ayam Kukus
  • Nasi Lemak Ikan Bilis

Banyak kan menu makanan ready to eat LengQuas? Hari-hari boleh cuba sajian yang berbeza. Yang penting harga mesra poket dan sedap untuk dimakan.

So, korang yang berminat nak buat pembelian produk LengQuas, korang boleh call terus talian hotline di 017-319 5764 atau membuat pembelian melalui ejen-ejen sah LengQuas.

Untuk info dan maklumat terkini mengenai LengQuas, korang boleh follow dan like media sosial mereka dibawah.

Facebook : @lengquas.official

Twitter : @lengquas

Instagram : @lengquas

SKIP THIS AD ×