Buat julung kalinya, label muzik yang dikenali sebagai Leo Music Empire secara rasmi memperkenalkan barisan artis di bawah naungannya seramai enam orang.
Artikel Berkaitan: Lebih 2,000 Penonton ‘Patah Hati’ Dengar Lagu Sentimental Malar Segar Malaysia & Indonesia
Artikel Berkaitan: Corat-Coret Konsert Radja ‘Jujur Takkan Melupakanmu’: 5,000 Penonton Banjiri Mega Star Arena, Pertama Kali ‘Live’ Dengan Ella & Bawa Anak Teruna Atas Pentas
6 artis Leo Music Empire
Enam artis tersebut ialah Ammar Anuaar, Arghpiez, Queen Zara, Azs Azfa, Wawa Wahida dan Kelana Akira.
Leo Music Empire adalah sebuah label yang membuka peluang untuk artis baharu menunjukkan bakat mereka di peringkat komersial.
Pengarah Leo Music Empire, Nour Shue berkata semua artis tersebut telah melalui proses ujibakat dan beberapa tapisan.
Kata Shue lagi, setiap seorang daripada mereka memiliki warna suara yang berbeza dan kelebihan masing-masing.
Bakat-bakat ini telah pun melalui beberapa proses tapisan sebelum mereka semua bergelar artis di bawah naugan Leo Music Empire.
Setiap seorang daripada mereka memiliki warna suara yang berbeza, ada kelebihan masing-masing dan genre yang dibawakan juga tidak sama.
Mereka datang ke rumah saya dan di situ saya uji bakat masing-masing.
Shue berkata demikikan ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan barisan artis Leo Music Empire yang berlangsung di Kota Damansara, baru-baru ini.
Utamakan bakat bukan rupa
Dalam pada itu, Shue berkata Leo Music Empire tidak memandang pada paras rupa, sebaliknya mengutamakan bakat suara dan keunikan yang dimiliki barisan artisnya.
Saya melihat mereka semua ini mampu menyanyi dengan baik, ada penjiwaan pada lagu. Saya tidak memetingkan rupa, saya utamakan bakat.
Pada pandangan saya terlalu ramai penyanyi di Malaysia ini kepada rupa, saya tidak ke arah itu. Saya memang ini mencari bakat.
Saya juga percaya memiliki rupa yang cantik atau tampan itu adalah bonus, namun mungkin buat mereka yang ada bakat tetapi tiada rupa tidak tahu ke mana ingin kembangkan bakat yang besar itu.
Satu perkara lagi, saya memilih mereka kerana attitude yang sangat bagus. Ini adalah perkara utama yang sangat saya menitikberatkan.
Sementara itu, disoal mengenai perancangan pada masa akan datang, Shue menjawab pihaknya sudah menyusan rapi perancangan untuk mengetengahkan lagi bakat enam artis mereka.
Sudah pasti ada perancangan untuk kami ketengahkan bakat mereka agar lebih dikenali umum. Semua itu disusun secara berperingkat, perlahan-lahan.
Akan ada lagi lagu-lagu yang saya akan hasilkan untuk mereka semua, insya-Allah. Saya tidak mahu mereka ini digelar artis mi segera, hanya naik sekejap sahaja. Percaya pada proses.
Lagu-lagu
Pada majlis sama, kesemua barisan artis tersebut turut mempersembahkan lagu milik mereka hasil ciptaan sepenuhnya Nour Shue.
Sedikit info mengenai barisan artis, Ammar Annuar telah meluncurkan single pertamanya berjudul Sepi pada 17 November lalu.
Manakala, Arghpiez yang memperjuangkan genre rap dan hip-hop telah meluncurkan lagu berjudul Setiap Malam pada 22 Disember lalu.
Sementara itu, Queen Zara menerusi lagu berjudul Masihkah Ada Waktu Itu bakal meluncurkan single pada Januari depan.
Dalam pada itu, Azs Azfa yang juga guru muzik berani mengetengahkan muzik bergenre jazz blues menerusi lagu Yang Ku Perlu.
Bagi Wawa Wahida yang memiliki suara persis ratu rock negara iaitu Ella, bakal mengejutkan peminat dengan lagu berjudul Seperti yang akan diluncurkan pada Januari depan.
Akhir sekali, Kelana Akira yang berasal dari Sarawak bakal meluncurkan lagu berjudul Cerita.