berita

Leona Buka Borang Permohonan Cari Jodoh, Netizen Takut Nak Cuba Sebab ‘High Maintenance’

June 27th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Nama anak kepada pelakon terkenal Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona sekali lagi mencuri perhatian netizen di laman sosial.

Artikel Berkaitan: ‘Tubuh Saya, Pilihan Saya’ – Kasih Iris Leona

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Leona Pakai Seksi Lagi, Netizen Dah Tak Kecam Tapi ‘Respect’ – ‘Dia Memang Kebal’

Cari BF

Terbaharu Leona menerusi perkongsian di TikTok miliknya memuat naik beberapa foto dia memakai ‘dress’ pendek berwarna merah jambu dan meletakkan borang permohonan mencari teman lelaki. 

Malah, pempengaruh berusia 20 tahun itu turut meletakkan kapsyen seakan-akan mengatakan dirinya sememangnya serius untuk mencari kekasih hati. 

Menerusi borang tersebut, mana-mana individu yang ingin membuat permohonan perlu menyenaraikan maklumat diri (biodata), Top 5 lagu, 5 fakta mengenai diri serta beberapa soalan lain.

Malah, pemohon juga perlu meletakkan nama akaun sosial media seperti Instagram, Twitter, Line dan Whatsapp.

Pun begitu, Leona menerusi ruang komen menjelaskan borang yang disediakan itu bukan dibuat sendiri sebaliknya diambil di TikTok. 

Netizen nak cuba

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen ingin mencuba nasib mereka untuk menjadi kekasih Leona.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang berseloroh mengatakan mereka takut untuk menjadi kekasih Leona kerana gaya hidupnya yang terlalu mewah.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×