Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona mendedahkan dirinya pernah bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran hotel yang terletak berdekatan dengan pusat pengajiannya di United Kingdom.
Artikel Berkaitan: Leona Dedah Pernah Peroleh RM30,000 Sebulan Kerja Sebagai ‘Influencer’ – ‘Bergantung Kepada Populariti & Konten Dihasilkan’
Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Leona Berpontensi Hidap Tiroid, Nasihat Buat ‘Check Up’ – ‘Leher Macam Ada Simptom Hyperthyroidisma’
Pelayan restoran
Menurut Leona, dia pada asalnya hanya menemani rakannya untuk mencari kerja sampingan bagi mendapatkan wang.
Namun, atas sebab tertentu, rakannya berhenti dan hanya dia yang kekal bekerja sebagai pelayan di restoran berkenaan.
Pada awalnya, rakan saya mahu kerja sampingan. Hal ini kerana, elaun perbelanjaannya dipotong oleh keluarga kerana tidak berapa bagus dalam pelajaran.
Jadi, saya setuju untuk teman dia jadi pelayan. Kemudian kami pergi ke sebuah hotel dan bertanya jika ada kerja kosong tak di sana.
Namun, akhirnya, saya sahaja yang bekerja dan kawan saya tidak jadi bekerja sebagai pelayan di sana.
Leona berkongsi mengenai perkara itu menerusi saluran podcast Apa Cerita?.
Berkongsi lanjut, anak kepada aktor Azhar Sulaiman ini berkata salah satu sebab dia ingin melakukan kerja sampingan kerana memiliki perasaan ingin tahu yang tinggi dalam diri.
Saya mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam. Sehinggakan saya mahu cuba semua kerja yang ada. Jadi, salah satunya bergelar pelayan.
Sebab menerusi kerja ini, saya boleh belajar macam mana deal dengan orang ramai, apa yang berlaku di sebalik tabir (bagaimana makanan dihidangkan) supaya saya boleh lebih menghargai pelayan lain selepas ini.
Selama tiga bulan saya bekerja, saya bangun pukul 5.30 pagi setiap Sabtu dan Ahad dan pergi bekerja sehingga 2.30 petang.
Selama itu juga saya tidak keluar malam hujung minggu. Namun, banyak yang saya belajar menerusi pekerjaan tersebut.
Sumber: YouTube