Setiap gerak geri dan penampilan personaliti media sosial, Kasih Iris Leona yang merupakan anak kepada aktor Azhar Sulaiman sentiasa mencuri perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: ‘Tubuh Saya, Pilihan Saya’ – Kasih Iris Leona
Artikel Berkaitan: Leona Buat Hal Lagi, Pakai Bikini Putih Masa Mandi Sungai
Artikel Berkaitan: Azhar Sulaiman Tak Sempat Tengok Video Leona Berbikini Putih, Minta Maaf Bagi Pihak Anak
Mengadu dekat Allah
Terbaru, di laman Twitter, Leona mendedahkan dia memerlukan bantuan psikiatri atau terapi minda. Namun, ‘influencer’ berumur 21 tahun ini tidak memberitahu punca dia memerlukan.
Biarpun begitu, rata-rata warganet mengaitkan dengan kontroversi panas gara-gara tindakan Leona berbikini putih ketika mandi manda di sungai.
Netizen menasihati Leona untuk mendekatkan diri dengan agama serta berehat dari media sosial buat sementara waktu.
Tiada tempat rasa seperti di rumah
Dalam pada itu, anak ketiga daripada adik beradik ini meluahkan perasaan tinggal di tempat orang. Kata Leona, dia tidak merasai ‘feel like home’ memandangkan dia tinggal di antara dua negara.
Terdahulu, Leona memuat naik beberapa gambar dan video yang memaparkan dirinya memakai bikini ketika percutiannya bersama rakan-rakan.
Selepas itu, Azhar tampil memohon maaf di atas kesalahan anak perempuanya dan sentiasa mendoakan yang terbaik.
Sumber: Twitter