berita

Leona Sambut Halloween Siap Ada Tiga ‘Outfits’, Netizen ‘Petik’ Nama Azhar Sulaiman

November 2nd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona kembali menjadi bualan ramai di media sosial.

Artikel Berkaitan: Pakai Dress Pendek Di London, Netizen Tanya Leona Tak Sejuk Ke?

Artikel Berkaitan: Anak Kembar Sambung Belajar Di UK, Azhar Sulaiman Sempat Mengusik Leona – ‘Tiga Tahun Cukup Untuk Balik Dengan Imej Baru’

Menjolok mata

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leona (@kasihirisleona)

Tindakan Leona memuat naik tiga foto fesyen pilihan yang digayakan ketika sambutan perayaan Halloween itu pantas menguis kecaman netizen.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), personaliti media sosial berumur 20 tahun itu memaparkan penampilan dirinya sebagai gadis cowboy bertopi lengkap, berkasut but merah jambu yang dipadankan dengan singlet tanpa lengan serta skirt pendek berwarna krim.

Selain itu, Leona mengenakan gaun tube merah dengan belahan pada bahagian paha dan kostum berwarna putih yang seakan seperti bidadari.

Sakit pula mata!

Di ruangan komen, rata-rata warganet kecewa apabila menyangka Leona akan mengubah penampilan diri apabila melanjutkan pelajaran di London, United Kingdom.

Malah, ada segelintir mendakwa Leona sudah terikut dengan budaya barat menyambut Halloween yang hukumnya haram bagi umat Islam.

Sebelum ini, Azhar sempat menitipkan pesanan agar anak perempuannya itu tampil dengan imej baharu sebaik sahaja kembali ke Malaysia.

Sumber: Instagram @kasihirisleona

SKIP THIS AD ×