berita

Pakai Dress Pendek Di London, Netizen Tanya Leona Tak Sejuk Ke?

September 25th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Seperti yang diketahui ramai, anak kembar kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona menyambung pengajian di United Kingdom (UK) selama tiga tahun.

Artikel Berkaitan: Anak Kembar Sambung Belajar Di UK, Azhar Sulaiman Sempat Mengusik Leona – ‘Tiga Tahun Cukup Untuk Balik Dengan Imej Baru’

Ootd di London

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leona (@kasihirisleona)

Terbaharu, Leona ada memuat naik beberapa keping foto ketika bersiar-siar di sekitar kota London di Instagram (IG) miliknya.

Dalam hantaran tersebut, Leona mengenakan turtle neck dress rona putih bersama cardigan.

Biarpun memakai dua lapisan pakaian tetapi bahagian pehanya terdedah memandangkan dress itu sangat singkat.

Tak sejuk ka?

Semestinya, penampilan tersebut mengundang pelbagai reaksi dan komen daripada warganet. Ada pengikut yang ‘hairan’ melihat imej itu kerana UK terkenal dengan cuaca sejuk.

Selain itu, wargamaya turut mengingatkan gadis berumur 20 tahun untuk menjaga diri ketika berada di negara orang.

Sebelum ini, Azhar sempat menitipkan pesanan agar anak perempuannya itu tampil dengan imej baharu sebaik sahaja kembali ke Malaysia.

Sumber: Instagram @kasihirisleona

SKIP THIS AD ×