Anak kembar kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona telah berangkat ke United Kingdom (UK) bagi menyambung pengajian selama tiga tahun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Azhar Sulaiman Mengaku Tak Mudah Tegur Anak Berpakaian Seksi, Nak Rotan Dah Cukup Besar
Artikel Berkaitan: ‘Dah Penat Nasihat Kasih Iris Leona Tapi Makin Menjadi’ – Azhar Sulaiman
Tak rasa sedih sangat
Menerusi hantaran di Facebook, Azhar menitipkan pesanan kepada dua cahaya matanya agar belajar bersungguh-sungguh dan tidak mengabaikan solat lima waktu.
Menurut aktor berumur 51 tahun itu, Andika melanjutkan pelajaran dalam jurusan Undang-Undang Maritim manakala Leona pula bidang Pengurusan.
Pelakon drama Di Sebalik Kasyaf sempat berseloroh agar anak perempuannya pulang dengan imej baru memandangkan cuaca di sana sejuk.
Mami (panggilan Azhar) tak rasa sedih sangat mungkin sebab mereka dari kecil dah biasa mengembara ke seluruh dunia sebab sertai event Jamboree Pengakap atau Girl Guides Dunia.
Tiga tahun tak lama dan cukup masa untuk Leona balik dengan imej baru….UK kan sejuk.. Hahahaha.
Menangis tak henti
Sementara itu, Leona menerusi video yang dikongsikan di TikTok, akui masih belum bersedia untuk memulakan kehidupan baharu.
Saya sangat sedih nak tinggalkan keluarga di sini dan tidak bersedia untuk memulakan fasa baharu dalam hidup saya.
Malah, personaliti media sosial itu mengesahkan hubungannya dengan teman lelakinya bernama Ryan sudah berakhir sejak sebulan yang lalu.
Biarpun mereka sudah berpisah, namun Leona sempat meluangkan masa bersama bekas kekasihnya sebelum terbang ke luar negara.
Untuk rekod, Azhar dan Chempaka Emalin Pahamin mempunyai dua anak kembar lelaki dan perempuan iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin serta anak sulungnya, Kasih Leia Ixora.
Sumber: Facebook Azhar Sulaiman