berita

Lepas 21 Tahun, Gerak Khas Akhirnya Kembali Dengan Musim Terakhir. Wajib Tonton Dekat iQIYI!

December 10th, 2020 | by Azyan
Kini Trending

Sebut je cerita atau filem mengenai polis, confirm korang akan sebut Gerak Khas! Nostalgia betul bila teringat balik setiap minggu tunggu depan TV. Sampaikan dapat gelaran Siri Drama Yang Paling Lama.

Bila ada artis undangan lagi lah excited lain macam! Lepas tu, tak sabar nak pergi sekolah nak cerita dekat kawan-kawan! Dan kalau korang nak tahu, setelah 21 tahun, Gerak Khas kini kembali dengan musim terakhir!

Jangan terlepas musim terakhir Gerak Khas di TV3 atau stream je di iQIYI!

Sekarang ni semua benda dah upgrade menjadi lebih baik! Kalau dulu Gerak Khas ada dekat TV je, sekarang korang boleh stream di iQIYI, platform streaming antarabangsa! Saluran jugak dah berubah dari RTM, kini korang boleh tonton Gerak Khas di TV3!

Bestnya iQIYI ni sebab korang boleh tengok bila-bila masa dari pukul 11.30 malam ke atas! Kalau sibuk, korang download je dulu dan tengok kemudian sebab korang masih lagi boleh tonton walaupun tanpa internet!

Terdapat dua subtitle yang korang boleh pilih iaitu Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris.

Tak kisah dekat TV, handphone atau laptop, semuanya boleh tonton! Yang buat kan iQIYI ni extra best sebab semua drama free dan eksklusif tau!

Drama 28 episod menampilkan kembali pelakon-pelakon OG Gerak Khas!

Ini yang buat lagi best ni! Untuk musim terakhir, kebanyakkan pelakon-pelakon lama Gerak Khas join balik! Special sungguh.

Antara pelakon yang ada ialah Norman Hakim, Abby Abadi, Erra Fazira, Salina Saibi, Deen Maidin, Sheera Iskandar dan Sarjan Misai kegemaran ramai, A. Galak! Lagi meriahlah macam ni kan? 

Selain tu, ada juga beberapa muka baru seperti Ungku Ismail, Izzat Mushtaq, Dazrin dan Roy Azman. Korang confirm tak nak terlepas tengok rancangan ni.

SAC Datuk Helmi akan bersara?

Sebab kan ini merupakan musim terakhir untuk Gerak Khas, diakhir episod ini SAC Datuk Helmi yang dibintangi oleh Datuk Yusof Haslam akan bersara..

Ha sedih kan? Dah berapa lama korang tengok Gerak Khas ni Datuk Yusof Haslam ada je mintak update dari pegawai-pegawai tapi sekarang dah nak bersara dah.

Korang kena tonton untuk rasa bersama-sama kesayuan SAC Datuk Helmi nak bersara dan bagaimana unit mereka menghadapinya.

Drama apa lagi yang ada di iQIYI?

Penonton juga boleh tonton cerita ‘Cinta Sekali Lagi‘ dari Isnin – Jumaat pukul 8 malam sehingga 14 Disember! Selain tu, ada juga drama ‘Biar Mereka Cemburu’ dari Isnin – Khamis pukul 11 malam sehingga 28 Disember!

Awal tahun 2021 pulak akan ada drama lokal menceritakan bagaimana mereka melawan COVID-19! Waaahhhhh, menarik ni! Drama Hadiah Dari Tuhan akan bermula 31 Disember tau, so make sure korang ingat!

Macam-macam yang iQIYI bawakan untuk korang ni dan paling best sebab semuanya percuma! Jadi jangan terlepas untuk tonton Gerak Khas Musim Terakhir di iQIYI dan TV3 tau! Ingat drama, Ingat iQIYI!

Klik sini untuk download di handphone korang atau tonton di sini!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×