Bekas adik ipar Iqbal Zulkefli iaitu Anes Ayuni dikhabarkan sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama suami, Hakim.
Selamat nikah
@ladyboss_oningKawan2 sedihhhhh kita tak tawin lagi dia dah 2 kali tawin ni kawan2 macam mana. Tolongla tawan2 masuk mintak tite tawan2 doakan tite tawan2? Hitungan Cinta – Papinka
Anes Ayuni atau lebih mesra dengan panggilan Ayuni telah selamat mendirikan rumah tangga dengan cinta hatinya yang dikenali sebagai Hakim. Majlis tersebut berlangsung dengan cukup meriah dan turut dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat.
Menerusi video dan foto yang dikongsikan, Ayuni dan suami sama cantik sama padan mengenakan busana berona putih. Mereka tampak bahagia dengan senyuman tak pernah lekang dari bibir.
Difahamkan, rakan Ayuni mendakwa tempoh perkenalan usahawan itu dengan suaminya adalah selama dua bulan sebelum mereka akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin.
Untuk rekod, Ayuni mendirikan rumah tangga buat kali pertama bersama Ahmad Weldan Zulkefli pada 29 Februari 2021 dan pada November 2023, mereka sah bercerai. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan.
Sumber: TikTok, Instagram