berita

Lepas 5 Bulan Cerai, Bekas Isteri Tegar Kongsi Foto Mesra Dengan Lelaki Lain?

November 9th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Penyanyi Indonesia yang popular dengan lagu ‘Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’ iaitu Tegar Septian baru sahaja bercerai dengan isterinya, Sarah Sheilka Kamilia dipercayai berpunca daripada masalah kewangan.

Artikel Berkaitan: Mengaku Dah Cerai, Bekas Isteri Kantoikan Tegar ‘Kaki Hutang’, Jual Cerita Sedih Minta Simpati

Foto ‘bermesra’ dengan lelaki lain?

Namun siapa sangka, baru lima bulan bercerai, nama bekas isteri Tegar menjadi bualan hangat netizen selepas tindakannya memuat naik beberapa foto mesra bersama seorang lelaki dalam laman sosial. Susulan daripada foto tersebut, ramai netizen membuat spekulasi bekas isteri Tegar kini sudah mempunyai pengganti.

Meskipun ruangan komen laman sosial Sarah Sheilka dibanjiri dengan pelbagai pertanyaan mengenai hubungannya dengan lelaki yang dikenali dengan nama Fatham, namun tiada sebarang respon yang diberikan wanita itu.

Tegar tak mampu bayar sewa rumah

Terbaru, Tegar sekali lagi berdepan masalah kewangan sehingga menyebabkan dia gagal membayar rumah sewa yang didiami ibu bapanya. Pemilik rumah sewa berkenaan meminta keluarga Tegar mengosongkan premis tersebut. Penyanyi yang berusia 22 tahun ini akui buntu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Lebih menyedihkan apabila mengetahui ibu Tegar sudah beberapa hari tidak menjamu selera disebabkan masalah kewangan.

Aku kasihan dengan orang tuaku. Kalau aku tidak bayar, orang tua aku mahu tidur di mana? Apa lagi yang harus aku lakukan? Aku harus bayar rumah sewa.

Dakwa Tegar, dia berdepan masalah kewangan disebabkan sering ditipu dan tidak menerima wang royalti kerjaya seninya.

Sebagai rekod, Sarah dan Tegar berpisah pada Jun lalu selepas dua tahun melayari bahtera perkahwinan. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Abizard.

Sumber: Insertlive, Instagram Tegar

SKIP THIS AD ×