Penyanyi, Bad Indigo memaklumkan sudah menemui pengganti teman hidupnya selepas bercerai dengan rakan seperjuangan dalam Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7), Ashira Aziz, enam bulan lalu.
Bad Indigo dah ada pengganti?
Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah akui sedang meniti fasa bahagia bersama seorang wanita. Meskipun tempoh perkenalan masih baharu, namun penyanyi berusia 47 tahun ini mendakwa seperti sudah lama mengenali wanita yang bertakhta di hatinya itu.
Ya, saya amat bahagia sekarang. Alhamdulillah, bahagia dengan semuanya. Bahagia dengan tahap kesihatan, keluarga dan pekerjaan. Kehidupan dan hati saya juga sangat bahagia.
Bad bagaimanapun enggan mendedahkan status dan identiti teman wanitanya dan hanya berkongsi apabila tiba masanya. Tambah Bad lagi, teman wanitanya itu juga sangat mengenali dan tahu tentang dirinya termasuk kejadian yang menimpanya sebelum ini.
Dia siapa? (wanita misteri itu). Apa yang saya boleh katakan, saya tidak akan kongsi gambar orang lain kecuali jika dia ada kepentingan dalam hidup saya. Maksudnya dia penting. Sangat penting.
Tapi siapa dirinya, saya tidak boleh beritahu lagi. Saya tidak mahu cepat sangat beritahu siapa orangnya. Cuma apa yang boleh saya katakan, dia penting dalam hidup saya.
Untuk rekod, Bad mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan penyanyi Ashira pada 11 Mac 2021 namun pasangan ini mengesahkan sudah bercerai pada 23 Jun lalu.
Sumber: Kosmo Online