berita

Lepas Agong Belanja Petugas Media McDonald’s Hari Ini, Ramai Cuba Teka Apa Menu Esok

February 25th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sejak beberapa hari yang lalu, kebanyakan wartawan di Malaysia telah ‘berkampung’ di hadapan Istana Negara bagi melaporkan perkembangan semasa mengenai isu politik yang sedang hangat dibicarakan.

Kegigihan para wartawan untuk menyampaikan informasi dari masa ke semasa ternyata dihargai Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah apabila baginda mencemar duli turun menyerahkan makanan segera kepada semua wartawan yang bertugas.

Berpuluh-puluh kotak makanan segera

Menerusi Twitter wartawan yang bertugas Zaim Zamani dan Harits Asyraf Hasnan, mereka berkongsi sebuah video di mana pihak Istana Negara telah membawa berpuluh-puluh kotak makanan segera KFC untuk para petugas media menjamu selera. Manakala, hari ini pula, Yang di-Pertuan Agong, sekali lagi menunjukkan keprihatinan apabila mencemar duli turun menyerahkan makanan segera McDonald’s di pintu 2 Istana Negara.

Keprihatinan tersebut lebih mencuri tumpuan netizen apabila Agong sendiri telah turun padang dan mengedarkan juadah tersebut kepada para wartawan. Pada masa yang sama, baginda turut bertitah bahawa baginda sangat prihatin terhadap petugas media yang tidak lekang dalam membuat liputan dan berharap jalan penyelesaian yang terbaik bakal ditemui.

Murah rezeki

https://www.instagram.com/p/B8-cwQpjo5u/

https://www.instagram.com/p/B8-bNQxjioB/

Selain Yang di-Pertuan Agong, bekas Menteri Pendidikan Malaysia yang meletak jawatan pada awal Januari lepas, Dr. Maszlee Malik turut mencuri tumpuan media. Menerusi Instagram Astro Awani, Dr Maszlee kelihatan memberikan air kotak buat pengamal media yang bertugas sebelum memasuki Istana Negara.

Nasi bungkus turut dihantar dan diberikan oleh penyampai radio buat beberapa orang pengamal media yang bertugas. Menurut mereka, jasa pengamal media yang sanggup berpeluh dan berpanas perlu dihargai.

Datuk Seri Wan Azizah belanja nasi kukus

Menerusi laporan Malaysia Gazette pula, pengawal peribadi Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah memberi nasi kukus ayam berempah dan air mineral buat kesemua pengamal media yang berhimpun di hadapan kediamannya. Kesemua pengamal media dipercayai berhimpun di kediamannya sejak pukul 7 pagi tadi.

Sumber: Malaysia Gazette, Astro Awani, Harits Asyraf Hasnan & Zaim Zamani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×