Setiap badan individu itu tidak sama dan memerlukan masa untuk kembali seperti asal terutama kepada para ibu selepas bersalin.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Respon Dipertikai Guna Kerusi Roda, Perut Kembung Macam Ada ‘Baby Bump’ – ‘Agak Mengejutkan Kerana Banyak Komen Daripada Wanita’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Muka Pucat Intan Najuwa Ketika Majlis Tahnik Anak Curi Perhatian – ‘Penat Menahan Sakit’
Saya tak normal ke?
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid menanyakan pendapat pada pengikutnya mengenai fizikal seorang ibu selepas melahirkan anak.
Menurut perkongsian itu, Intan menerima kritikan daripada ‘makcik bawang’.
Soalan serius. Acik-acik yang kutuk saya perut masih besar dan kembang ini, dorang lepas beranak terus macam Miss World ke?
Tertanya-tanya je, atau saya saja yang tak normal?
Makcik bawang
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berang dengan sikap ‘makcik bawang’ yang meninggalkan komen negatif. Selain itu, warganet turut menitip pesanan buat Intan untuk fokus pada hari berpantang.
Sumber: Instagram intannajuwa