berita

Lepas Bercerai Dengan Da’i Farhan, Dr Erin Alami Keguguran

June 19th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Bekas isteri pendakwah bebas, Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Erin sebelum ini mengumumkan bahawa dia sedang berbadan dua. Namun, beberapa hari kemudian dia mengesahkan hubungan perkahwinan bersama suami telah berakhir.

Terbaru, menerusi akaun Instagram miliknya, Dr Erin berkongsi berita sedih apabila dia disahkan mengalami keguguran.

Dr Erin alami keguguran

Menerusi perkongsian Dr Erin, dia memuatnaik satu screenshot yang tertulis sebahagian pesanan daripada Ustaz Dusuki mengenai keguguran kandungan. Dalam pesanan itu, Ustaz Dusuki turut berpesan kepada semua para ibu yang mengalami keguguran supaya tidak bersedih sebaliknya lakukanlah amalan kebaikan di dunia agar suatu hari nanti ibu bapa dapat ‘dipertemukan’ dengan anak mereka di syurga.

Redha dengan ketentuan Allah

Menerusi kapsyen yang ditulis Dr Erin, dia meluahkan rasa redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan untuk dirinya dan keluarga. Dia juga turut menitipkan doa agar akan diberi peluang untuk bertemu dengan anaknya iaitu Ahmad Fahrezzi Faisel di syurga kelak.

Aku serahkan urusan rezekiku hanya kepada Allah Penciptaku, kerana aku yakin Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki dan sebaik-baik perancang.

Difahamkan, Dr Erin mengalami keguguran ketika usia kandungannya mencecah 2 bulan.

Sumber: Dr Erin

SKIP THIS AD ×