berita

Lepas Ini Jangan Main Kon Lagi Dik…

April 9th, 2019 | by Amirul Asraf
Video Popular

Setelah lebih etengah jam menahan kesakitan akibat kon tersangkut di kepala, seorang murid lelaki tahun lima di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), di Kuala Penyu, berjaya diselamatkan.

Menerusi Harian Metro, sebuah jentera bomba bersama lima anggota pasukan bomba, telah dihantar ke sekolah tersebut sebaik saja mereka menerima panggilan kecemasan daripada pihak sekolah kira-kira pukul 2.26 petang.

Setengah jam untuk keluarkan kon

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Penyu, hampir setengah jam masa yang diambil untuk mengeluarkan kon daripada kepala mangsa.

Pasukan bomba menggunakan gergaji besi untuk memotong kon bagi mengeluarkannya dari kepala mangsa. Kerja mengeluarkan kon dilakukan berhati-hati. Jika silap boleh mendatangkan kecederaan pada mulut mangsa.

Berada dalam keadaan yang baik

Murid lelaki itu berada dalam keadaan yang baik sejurus pihak bomba berjaya mengeluarkan kon daripada kepalanya. Budak tersebut diserahkan kepada ibu bapanya yang turut berada di lokasi kejadian. Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika mangsa sedang menunggu ibu bapanya sambil bermain di kawasan sekolah yang mana kon itu berada di kawasan berkenaan.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×