Sejak kebelakangan ini, isu mengenai orang ketiga atau penyondol terus menjadi topik sangat
hangat perbualan orang ramai. Terbaharu, kisah seorang TikTokers yang didakwa berlaku curang dengan pekerja sendiri turut kecoh di laman sosial.
Artikel berkaitan: ‘I Bagi You Kerja, Bukan Bagi Suami I Tau’- TikTokers Curang Dengan Staf, Siap Check In Masa Isteri Berpantang?
Artikel berkaitan: ‘Saya Dah Cerai Dengan Ahmoi Tahun Lepas’ – Tiktokers ‘Viral’ Bakal Beri Penjelasan?
Watak penyondol bertudung
Susulan itu, pengarah dan penerbit, Michael Ang terpanggil untuk mengulas mengenai isu tersebut.
Menurut Michael, dia kebiasaannya menggambarkan watak penyondol dalam naskhahnya seorang wanita yang rambutnya berwarna dan berpakaian seksi.
Namun, selepas melihat penampilan kebanyakkan penyondol memakai tudung ketika ini, dia berniat untuk menukar persepsi asal watak tersebut.
Lepas sahur tengok TiKTok! Kes penyondol lagi dan tiba-tiba terfikir kalau dulu buat cerita watak penyondol selalu perempuan tu warna rambut, make up tebal and pakai seksi! Betul tak?
Tapi lepas ini kalau nak pilih watak penyondol kena ambil yang alim dan bertudung, acah-acah suci. Baru itu reality!
Michael berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, pada Ahad.
Pun begitu, jelas pengarah berusia 47 tahun itu lagi, perkongsian tersebut sekadar pemerhatian secara peribadi dan meminta orang ramai agar tidak terasa hati.
Sekadar permerhatian je jangan terasa. Kalau tak makan cili ya! Apa pun TikTokers itu very “so hai”. Lu ingat tukar agama itu suka suka ah?
Orang mcm lu la buat orang macam kita malu! Lu lagi baik pergi mamp*s la!
Sumber: Instagram Michael Ang