Kalau sebelum ini tular satu babak lori lalu di tingkat 7 yang dikatakan tidak masuk akal dari dalam drama ‘Pujaan Hati Kanda’. Semalam, sekali lagi drama ini cetus kontroversi apabila babak kereta bergerak menggunakan gear ‘N’ jadi perhatian.
Rata-rata netizen terhibur dan membuat andaian troll masing-masing kerana ini bukan kali pertama. Mereka juga berharap agar pihak produksi lebih peka dan teliti.
Babak ‘lori terbang’
NAIK SAMPAI TINGKAT 7 TETIBA KAT TINGKAP LORI LALU. LORI TERBANGGGG pic.twitter.com/jCvWVR254N
— Izzah Hafed (@izzahhalimhafed) December 27, 2018
Drama yang disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam di TV3 ini menjadi tular sejak dari hari itu selepas ada yang memuat naik rakaman babak ‘lori terbang’ ini.
Sedutan drama
Namun kali ini video berdurasi 41 saat ini pula jadi bahan ketawa netizen apabila Remy Ishak sebagai pelakon utamanya sedang memandu kereta, namun gear ‘N’ jelas kelihatan ketika dia ingin menjawab panggilan telefon. Tajam betul mata netizen ini!
Guna gear ‘N’
Bukan sahaja babak gear ‘N’, malah netizen turut pertikaikan reaksi Mira Filzah ketika berhadapan saat getir. Adegan hampir diculik sekali lagi menghiburkan hati netizen apabila Mira Filzah tidak dapat membantu emaknya di dalam bilik walaupun hanya tangannya sahaja diikat, bukan kakinya. Mira Filzah kelihatan mengesot dan rebah badannya ke kerusi untuk menyelamatkan diri seolah-olah kaki dan tangannya diikat. Aduh lawak betul..
Kereta akhir zaman
Kedai mana boleh buat macam ini?
Sumber : Ashman Mat Saleh