Cinta adalah suatu perasaan yang mesti dipenuhi oleh setiap insan. Ini kerana manusia dilahirkan berpasang-pasangan. Mengambil kesempatan itu, banyak developer software mencipta aplikasi mencari jodoh seperti Tinder.
Seperti kisah viral di laman Twitter ini, seorang lelaki menceritakan kisah rakannya yang menemui jodoh di aplikasi Tinder. Namun penghujungnya bukanlah manis seperti yang disangkakan.
Happy dengan awek Tinder
Mendapat lebih 2k retweet di laman Twitter, ramai yang bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki ini. Meskipun hanya berkenalan di laman cari jodoh, lelaki ini mengambil serius perhubungan sehingga sanggup meluangkan masa bersama.
Dugaan bertunang
Hubungan yang bermula dari aplikasi Tinder itu membawa kepada pertunangan. Namun, dugaan datang bertubi-tubi apabila dia uji dengan masalah kewangan, perniagaan merosot dan putus tunang.
Namun dah dapat pengganti
Siapa sangka rakan kepada pemuda tersebut akhirnya bertemu jodoh dengan seorang peguam di laman sesawang LinkedIn. Betullah kata orang tua-tua, kalau dah jodoh pasti bertemu.
Sumber: Panjanggggggg