berita

Lepas Padam Foto Seksi Di IG, Zizi Kirana Kongsi Video Mengaji, Dedah Pernah Jadi Ustazah

January 6th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Sebut sahaja nama Zizi Kirana, pasti semua sudah mengenali penyanyi yang seksi lagi menggoda ini. Memang tidak dapat disangkal lagi, kelunakan suaranya yang serak-serak basah ketika mendendangkan lagu mampu ‘mencairkan’ hati setiap pendengar.

Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila viral satu video memaparkan Zizi Kirana sedang membaca ayat suci Al-Quran di atas pentas telah menjadi perhatian ramai.

Padam foto seksi

Sebelum ini, Zizi Kirana seakan telah memberi ‘hint’ kepada orang ramai tentang perubahan yang dilakukannya. Malah, penyanyi kecil molek ini juga sudah mula berpakaian lebih sopan dan memadam gambar-gambar lamanya yang berpakaian seksi di media sosial. Perubahan tersebut telah mendapat pelbagai respon baik daripada para peminat dan rakan artis.

Merdunya suara Zizi!

@kir4n4Pertama kali tampil mengaji di kaca TV , mau tercabut lutut ? InsyaAllah saya akan terus belajar lagi ?? #RahsiaRamadhan? original sound – Zizi Kirana


Terbaru, nama Zizi Kirana sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas dia memuatnaik satu video dirinya sedang mengaji Al-Quran di atas pentas. Menurut kapsyen yang ditulis, Zizi mengaku agak gementar kerana ini merupakan kali pertama dia membaca ayat suci Al-Quran di kaca televisyen. Meskipun begitu, kelunakan suara Zizi saat mengaji mampu membuatkan ramai yang terpesona. Siap bertaranum lagi!

Difahamkan, Zizi Kirana juga mengaku bahawa dirinya pernah bergelar seorang ustazah pada suatu ketika dahulu. Dia juga telah mengajar budak-budak mengaji di masjid lebih dari 3 tahun tau! Bukan itu sahaja, Zizi juga pernah menjuarai program Tilawah Al-Quran Peringkat Sekolah Negeri Sabah.

Zizi mengaji

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Sementara itu, di Instagram OfficialHLive juga ada berkongsi satu video Zizi Kirana sedang mengalunkan ayat suzi Al-Quran bersama Juara Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2019 iaitu Farhatul Faizurah.

Sumber: Zizi Kirana

SKIP THIS AD ×