berita

Lepas Produk Kesihatan & Hijab, Neelofa Bakal Lancar Produk Kanta Lekap, Lofalens

April 10th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

SONY DSC

Nampaknya, gadis yang berasal dari negeri Kelantan ini bukan sahaja mewarisi kecantikan ibunya, malah turut mengikuti jejak langkah wanita itu untuk terus bergiat aktif dalam bidang perniagaan.

Baru sahaja menamatkan pengajiannya, Neelofa yang juga merupakan salah seorang pengusaha bagi ‘Bokkita Hijab’ dan ‘Bella Vita’ ini bakal mengembangkan empayar perniagaannya dengan melancarkan satu produk terbaru.

Menerusi laman Instagramnya, Neelofa dan beberapa orang pekerjanya dilihat sedang bertungkus lumus menyiapkan rekaan packaging akhir untuk produknya, Lofa Lens yang dijangka bakal berada di pasaran pada bulan Mei.

Screen Shot 2014-04-10 at 11.56.07 AM

Packaging akhir produk Lofa Lens

“As you may already know, apart from @bellavita_my & @bokittahijab, i’m also working on @lofalens which will be in the market by May insyaAllah. I received an amazing response hence I swear i cant wait for it to be officially ready. *** I recently came up with an idea which I shared with the owner of BellaAmmara. They loved it and immediately said yes! So now, we’re beginning to work on it and I’ll share with you lovelies.”

Neelofa sememangnya bijak untuk mencari pasaran sasaran kerana para peminatnya juga terdiri daripada remaja yang memang gemar menggunakan kanta lekap.

Teruja dengan produk tersebut, para peminat gadis berusia 25 tahun ini mengucapkan tahniah kepadanya dan turut tidak sabar untuk mencuba kanta lekap keluaran Lofa Lens.

Anda mahu lihat bagaimana agaknya kanta lekap Lofa Lens? Sama-sama kita nantikan bulan Mei depan ya!

Kredit foto: Instagram Neelofa

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×