berita

Lepas RM50k, Man Raja Lawak Nak Jual Kereta & Motor Bantu Rakyat Malaysia Susah

April 2nd, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sikap prihatin Man Raja Lawak yang hendak memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan ketika wabak Covid-19, merupakan satu usaha yang patut diberikan pujian. Jika sebelum ini, dia menyatakan hasrat untuk mendermakan RM50 ribu wang miliknya selepas menjuarai Maharaja Lawak Mega 2019.

Terbaru, pelawak tersebut telah memberi bayangan bahawa dia akan menjual kereta dan motornya demi membantu individu yang mempunyai masalah kewangan. Terbaik!

Jual dengan harga mampu milik

Menurut Man, sejak dari semalam dia menerima 5 ribu direct message (dm) daripada individu yang memerlukan bantuannya. Tambahnya, kesemua mereka perlu diberikan bantuan walaupun jumlah wang yang diminta sedikit. Berkongsi mengenai perbualan mesej yang diterima, Man memberitahu bahawa rata-ratanya malu untuk meminta bantuan tetapi mereka terpaksa.

Hal tersebut membuatkan Man terasa sebak dan bertindak untuk menjual motor dan keretanya. Dia menyeru mana-mana pihak yang masih mempunyai wang untuk membeli kenderaanya itu dan wang tersebut mampu menambahkan jumlah sumbangan buat mereka yang memerlukan.

Nak bawa family pergi mana?

Susulan daripada itu, sesetengah individu mempersoalkan tindakan Man, yang hendak menjual motor dan keretanya. Mereka turut bertanya, bagaimana dia hendak membawa isteri dan anak-anak keluar bersiar-siar selepas ini. Jelas Man, dia mempunyai sebuah kereta Kancil dan kereta tersebut sudah memadai buat dirinya dan keluarga. Perkara lebih penting bagi dirinya ialah membantu mereka yang memerlukan dan berusaha untuk masuk ke syurga Allah.

Sumber: Man Raja Lawak

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×