berita

Lepas Shima Anuar & Emma Maembong, Aepul Drama Band Pula Positif Covid-19

January 15th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian swab kali kedua, semalam. Berita tersebut dikongsikan oleh Aepul sendiri menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya.

Positif covid-19

Menurut Aepul, semalam dia telah menjalani ujian swab test kali kedua. Ternyata keputusan ujian tersebut menunjukkan dirinya positif wabak berkenaan. Jelasnya lagi, dia sudah menjalani kuarantin sejak beberapa hari lalu. Tambahnya, isterinya iaitu Leez Rosli disahkan negatif ketika menjalani ujian yang sama semalam.

Menerusi perkongsian tersebut juga, Aepul memberitahu dia tidak akan menerima sebarang panggilan telefon dalam masa terdekat ini.

Menangis aku buat swab test

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aepul Roza (@aepul.roza)

Terdahulu, Aepul turut berkongsi video ketika dia menjalani ujian saringan swab test kali pertama. Video berdurasi 5:16 saat itu menunjukkan Aepul kelihatan gementar dan ingin menangis ketika melakukan ujian tersebut.

Sumber: Aepul Roza

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×