berita

Lepas Umum PKPD, Warga Asing Di Flat Pulang Pinang ‘Angkat Kaki’

December 7th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini telah mengumumkan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Flat Paya Terubong, Relau dan Desa Bistari Blok A dan B, Batu Uban di Pulau Pinang bermula 7 hingga 20 Disember ini. Tetapi lain pula yang jadinya apabila terdapat sebahagian penduduk bertindak ‘melarikan diri’ dari kawasan terbabit.

Lari dari kawasan PKPD

Menerusi laporan yang dipetik daripada Astro Awani, penduduk yang melarikan diri itu merupakan warga asing. Walaupun begitu, pihak polis masih belum dapat menentukan jumlah keseluruhan mereka yang terlibat.

Menurut sumber, pihak polis dengan bantuan penduduk setempat akan mengumpul maklumat bagi mengenalpasti identiti warga asing terbabit.

Tindakan undang-undang akan dikenakan

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu sebaik sahaja pengumuman PKPD dilakukan.

Kita menerima maklumat, semalam sebaik diumumkan Flat Paya Terubong dan Flat Desa Bistari ni akan dikenakan PKPD, ramai penghuni khususnya di Desa Bestari meninggalkan kediaman masing-masing.

Sementara itu, pihak polis menggesa mereka yang terlibat supaya kembali semula ke kediaman atau tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya mereka ditangkap.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×