berita

Lepas Viral, 6 Pelajar Matrikulasi Tak Perlu Bayar Kompaun RM1.5k

April 28th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Beberapa minggu yang lalu, enam orang pelajar Kolej Matrikulasi Gopeng dikenakan kompaun RM1,500 oleh Pegawai Kesihatan KKM kerana tidak memakai pelitup muka dan meletakkannya di bawah dagu.

Susulan daripada itu, salah seorang daripada mereka telah meluahkan rasa kesal dengan tindakan kompaun berjumlah RM1500 itu sedangkan elaun yang mereka terima bagi tempoh enam bulan hanyalah RM1250 sahaja. Terbaru, menerusi laporan Berita Harian, kes enam pelajar tersebut sudah diselesaikan.

Tidak perlu bayar

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamaruddin, keenam-enam mereka tidak perlu membayar kompaun yang dikenakan. Tambah beliau, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya mengadakan perjumpaan dengan pihak kolej baru-baru ini.

Untuk makluman semua, pelajar ini mereka tidak perlu membayar apa-apa pun dan saya beri jaminan kes ini akan selesai. Keputusan yang dicapai dan mendapat kerjasama semua pihak ini sangat baik dan membantu pelajar yang datang dari keluarga asnaf. Justeru, isu ini tidak perlu lagi diulang atau diperbesarkan demi memberi ruang kepada enam pelajar terbabit untuk menduduki peperiksaan dengan tenang.

Akmal turut memberitahu bahawa pihaknya turut berkesempatan berjumpa dengan bapa salah seorang pelajar berkenaan bagi memberikan semangat untuk mereka sekeluarga dan turut memberikan jaminan kes itu akan selesai segera.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×