berita

Lepas Viral Kena ‘Ketuk’ RM12k & Kereta Tak Siap, Mekanik Terus Mesej Kereta Boleh Ambil Cepat

November 9th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai perkongsian seorang gadis dipercayai telah ditipu oleh seorang mekanik yang  pernah berurusan dengannya. Difahamkan, kereta tersebut telah dihantar bagi tujuan untuk dibaiki dan diubah suai mengikut spesifikasi yang diinginkan olehnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dah Bayar RM12k Nak Upgrade Enjin Evo, Tahu-Tahu Kereta Kena ‘Bogel’ – ‘Saya Nak Datang Bengkel Tak Kasi’

Video tersebut bagaimanapun, meraih simpati daripada wargamaya yang kasihan dengan nasib yang menimpa gadis ini.

Tiba-tiba dapat pesanan

Terbaru, gadis ini menerusi video di laman TikTok, tampil berkongsi tangkap layar perbualan bersama mekanik yang bertanggungjawab membaiki keretanya. Ujar gadis ini, dia ‘terkejut’ susulan mendapat mesej daripada lelaki berkenaan sedangkan, mekanik tersebut pada mulanya dikatakan seolah-olah melarikan diri.

Semalam video viral, tetiba pagi ini mekanik dia WhatsApp pula. Padahal semalam, masa pergi bengkel dia call tak angkat, WhatsApp pun tak balas ha. Tiba-tiba WhatsApp.

Menerusi mesej yang dihantar, mekanik tersebut menjelaskan gadis ini boleh mengambil kereta pada hari Ahad, dan turut menjelaskan mengenai keadaan kereta tempoh hari.

Salam Ain, hari Ahad ni dah boleh ambil kereta. Confirm siap Sabtu. Naik enjin je lagi.

Hari Sabtu dan siap cat pasang. Enjin hari itu belum pasang sebab ada perubahan. Tak jadi pasang turbo kan.. Ok…kalau siap Sabtu ambil hari Sabtu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dipercayai sempat memberikan cadangan kepada gadis ini supaya membuat laporan kepada pihak berwajib.

Video penuh:

@ain_jeman Anyone tahu pasal wira? nak follow sabtu ni tengokkan kereta tak? #fyp #fypage #viral ? Super nova 9 – Kings Chapple-Wilson

Buat laporan!

Sumber: Ain_Jeman

SKIP THIS AD ×