berita

[VIDEO] Dah Bayar RM12k Nak Upgrade Enjin Evo, Tahu-Tahu Kereta Kena ‘Bogel’ – ‘Saya Nak Datang Bengkel Tak Kasi’

November 8th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Hasrat seorang gadis untuk mengubah suai kenderaan jenis Proton Wira tidak kesampaian apabila dia dipercayai telah ditipu oleh seorang mekanik yang sebelum ini pernah berurusan dengannya. Kisah sedih ini, telah dikongsi oleh seorang gadis dikenali sebagai Ain_Jeman menerusi beberapa video yang dimuat naik di laman TikTok.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dari Jauh Naik Bas Nak Beli Kereta, Sekali Kena Tipu RM9k Dengan Scammer

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dah Buka Parcel, Tak Nak Bayar COD Sebab Baju Ketat

Artikel Berkaitan: Dah Order Punya Banyak, Bila Dah Sampai Tempat COD Boleh Pula Cakap Nak Main-Main Ja…

Gadis jadi mangsa mekanik?

Kisahnya bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Mac tahun lalu apabila keretanya tiba-tiba rosak. Susulan daripada itu, gadis ini menghantar kereta tersebut kepada seorang mekanik yang pernah membaiki keretanya dengan baik sebelum ini. Gadis tersebut turut meminta mekanik tersebut melakukan sedikit ubah suai keretanya.

So alang-alang kereta dekat dia, saya suruh lah dia tukar Evo sekali. So masa nak tukar Evo tu, duit dibayar secara ansuran bukan sekali gus. Jumlah yang dah dibayar RM12k. Nak kata update, dia tak update sangat pun.

Namun, mekanik tersebut dikatakan seolah-olah melarikan diri dan memberikan pelbagai alasan apabila ditanya mengenai keadaan kereta. Bukan itu sahaja, apabila diminta bukti mekanik tersebut dikatakan ‘sentap’ dan menjelaskan gadis itu seakan-akan tidak percaya dengan perkhidmatannya.

Bila saya WhatsApps baru dia reply itu pun tak memuaskan hati. Maksudnya, bila saya cakap kereta macam mana dah sampai mana siap. Lepas itu dia cakap tengah periksa enjin, bumbung ada karat @ bocor macam tu dia kata nak tutup macam tu.

Bila saya tanya dia nak datang bengkel, banyak alasan dia cakap tengah tolong kereta orang lah, tengah kuarantin, anak masuk hospital, tapi apa yang dia cakap tu tak bagi bukti (gambar tak hantar).

Janji tinggal janji

Bercerita lebih lanjut, mekanik itu juga sempat menjelaskan kepada dia (gadis) biar kereta tersebut lambat asalkan hasilnya memuaskan hati dan bukannya kerja cincai.

Ya Allah mengigil tangan tahan marah, sedih tengok kereta macam ini. Banyak kali call, banyak alasan dibagi. Hari ini nekad terjah bengkel dia. Luluhnya hati aku. Sedih lagi banyak daripada marah. Banyak kenangan dengan kereta ini.

Jadi, hari ini saya nekad ajak kawan saya perempuan dua orang pergi tengok bengkel dia. Tapi, dekat depan tu ada 4-6 biji kereta yang terbengkalai dekat depan tu. Saya punya kereta je dia tutup dengan canvas yang warna biru tu.

Namun, sehingga kini tidak ada maklum balas yang diberikan oleh mekanik yang bertanggungjawab kepada keretanya.

Video penuh:

@ain_jeman Sedih lagi banyak dari marah ? banyak kenangan dengan kereta ni ? orang jb tolong ainnn pleasee ?????? #viralvideo #fyp? #fypage ? Sedih – Instrumental – Asraf Studio

@ain_jeman Reply to @zaharulnizam1 yang tanya pasal bengkel tu.. nanti saya pergi lagi bengkel orang tu tunjuk jalan ke bengkel tu ??#fypage #fyp #tolongbantu ? original sound – ?

Sumber: Ain_Jeman

SKIP THIS AD ×