berita

Lepas Viral, Suspek Langgar Lari Di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Seremban Dah Kena Cekup

January 21st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral di media sosial, mengenai satu rakaman video sebuah kereta yang melanggar seorang penunggang motosikal di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Seremban, pada Ahad lalu. Menerusi laporan Harian Metro, pihak polis berjaya menahan seorang individu di Shah Alam selepas mempercayai dia adalah pemandu tersebut.

Kemalangan langgar lari

https://www.facebook.com/ikbmcrew/videos/1015227992192451/

Video berdurasi 0:54 saat itu menunjukkan satu rakaman yang berjaya dirakam oleh seorang pengguna lebuh raya tersebut ketika kejadian itu berlaku. Keadaan lebuh raya tersebut agak terkawal dan tidak terlalu banyak kenderaan yang berada pada masa itu. Namun siapa sangka, sebuah kereta dipandu secara laju sehingga melanggar seorang penunggang motosikal yang berada di lorong kecemasan.

Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, lelaki yang ditahan itu merupakan suspek yang dikesan berhubung kemalangan langgar lari yang berlaku di Kilometer 298.2 Lebuh Raya Kuala Lumpur – Seremban ahad pagi yang lalu. Suspek yang didakawa memandu secara membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain itu akan ditahan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mengubah haluan secara merbahaya

Manakala, menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, cara pemanduan suspek yang mengubah haluan secara tiba-tiba dan merbahaya ketika memandu itu menyebabkan penunggang motosikal tersebut terjatuh. Tambahnya, mangsa pada ketika itu berada di lorong kecemasan.

Pengadu sedang menunggang motosikal bersendirian dari Bangi menuju ke Puchong dan apabila sampai di Kilometer 298.2 Lebuh Raya Kuala Lumpur – Seremban arah Kuala Lumpur, mangsa yang berada di lorong kecemasan tiba-tiba dilanggar oleh pacuan empat roda yang dipandu melulu dan merbahaya.

Pemandu itu yang datang dari lorong kanan mengubah haluan secara merbahaya masuk ke laluan motosikal dan melanggar bahagian tepi motosikal menyebabkan penunggang jatuh di bahu jalan.

Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motosikal itu mengalami kecederaan ringan di kaki serta kedua-dua belah tangan.

Sumber: Harian Metro & Info Kemalangan dan Bencana Malaysia

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×