Rumah tangga pasangan selebriti popular Indonesia, Lesti Kejora dan suaminya Rizky Billar masih menjadi bualan ramai selepas dilanda badai dugaan.
Artikel Berkaitan: Leher Dipasang Pendakap, Lesti Kejora Masih Trauma Dipukul Rizky Billar
Rapat macam keluarga
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Rossa yang merupakan kenalan rapat kepada Lesti mengulas mengenai kontroversi panas itu. Dedah Rossa, 43, penyanyi dangdut itu ada menghubungi dirinya pada hari kejadian buruk.
Saya dengan Lesti memang dekat (rapat). Jujurnya Lesti ada menghubungi saya memaklumkan pada malam kejadian itu.
Lesti juga sempat menyanyi di konsert saya sebelum ini iaitu dua hari sebelum dia melahirkan anaknya.
Rossa berkata demikian sejurus usai sidang media yang diadakan di Heritage Club & Cigar Lounge, Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, pada Rabu.
Kesihatan paling penting
Tegas ibu tunggal anak satu ini, dia menolak semua jenis keganasan dalam rumah tangga tidak kira membabitkan siapa pun. Dalam pada itu, pelantun lagu Ayat Ayat Cinta mendoakan agar Lesti dan anaknya, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar yang berumur 10 bulan dalam keadaan sihat.
Apa yang penting, Lesti dan anaknya berada dalam keadaan kesihatan fizikal dan mental yang baik.
Pada minggu lalu, Lesti mendakwa suaminya berlaku curang. Rizky dikatakan mula bertindak agresif dengan memukul dan menolak Lesti di atas katil sebelum mencekiknya sehingga wanita itu terjatuh di lantai.
Kes yang masih dalam siasatan pihak polis ini disiasat mengikut Pasal 44 Undang-undang No.23 Tahun 2004 tentang Penghapusan Keganasan Rumah Tangga (UU PKDRT). Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dipenjara sehingga 15 tahun sekiranya mangsa mengalami luka berat ataupun meninggal dunia.
Terdahulu, Lesti Kejora dan Rizky Billar mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.