Kisah keganasan rumah tangga melibatkan pasangan selebriti Indonesia, Lesti Kejora dan suaminya, Rizky Billar sememangnya mencuri tumpuan ramai di media sosial. Selepas beberapa minggu kisah tersebut viral, Rizky Billar akhirnya telah ditahan oleh pihak polis.
Artikel Berkaitan: Pakai Baju Lokap Oren, Rizky Billar Sudah Ditahan Polis
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Suka ‘Bantai’ Anak Orang’ – Netizen Puas Hati Rizky Billar Kena Tahan
Terbaru, Rizky sempat menegaskan bahawa isterinya akan menarik semula laporan yang telah dibuat terhadapnya.
Isteri saya mahu tarik laporan
Menerusi laporan Detik News, Lesti dipercayai sudah menandatangani surat menarik semula laporan yang telah dibuat terhadap suaminya itu. Menurut peguam Rizky iaitu Surya Darma, dia tidak boleh memberitahu alasan yang sebenar mengenai mengapa Lesti bertindak demikian.
Itu sangat ‘internal’ dan hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Kita hanya menyaksikan. Surat itu ditandatangani di hadapan saya hasil kesepakatan mereka berdua.
Tambah Surya, peguam Lesti turut menyaksikan proses laporan ditarik balik. Lesti yang ditemani bapa kandungnya pada waktu itu dilihat tenang selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga serta anak lelakinya.
Sumber: Detik News