Selepas lebih dua minggu kontroversi panas ini melanda, pelakon Rizky Billar yang didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadap isteri, Lesti Kejora, akhirnya sudah ditahan polis.
Artikel Berkaitan: Leher Dipasang Pendakap, Lesti Kejora Masih Trauma Dipukul Rizky Billar
20 hari ditahan
Memetik laporan Suara.com, Rizky akan ditahan selama 20 hari bermula semalam (Khamis).
Ketika keluar dari pejabat Polis Metro Jakarta Selatan, pelakon berumur 27 tahun itu dilihat memakai pakaian lokap sambil menundukkan kepala.
Rizky kini bertukar status sebagai tertuduh selepas beberapa jam memberi keterangan sejak kelmarin.
Lesti tarik balik?
Dalam pada itu, Rizky sempat memberitahu kepada media yang isterinya akan menarik balik laporan polis.
Bagaimanapun, Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya, Kombes Pol E Zulpan berkata, pihaknya masih menunggu hasil siasatan.
Kami tidak boleh bercakap soal itu. Sehingga sekarang, kami masih melakukan siasatan dan penyiasat akan melengkapkan fail pemeriksaan Rizky.
Sebelum ini, Lesti membuat laporan polis dan mendakwa dipukul dan dicekik suaminya pada 28 September sekitar pukul 1.51 pagi waktu Indonesia Barat di kediaman mereka, Cilandak, Jakarta Selatan. Penyanyi dangdut itu mendakwa suaminya berlaku curang.
Sekadar info, Lesti dan Rizky mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar.
Sumber: Suara.com