Personaliti media sosial, Opai mengakui tidak kisah dengan pandangan segelintir netizen yang mempertikaikan nama anaknya, Muhammad Jibril.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Doakan Saya Kuat Semangat’ – Fatin Afeefa & Opai Gagal Tahan Sebak, Hantar Anak Sulung Masuk Tahfiz
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Opai Panggil Anak-Anak Tiri ‘My Son’ & ‘My Princess’ – ‘Macam Darah Daging Sendiri, Nampak Dia Tulus Menerima’
Nama anak dipertikai
Opai atau nama sebenar Muhammad Aliff Awang, 30, berkata, dia ada merujuk dengan beberapa ustaz berhubung nama tersebut.
Saya ada merujuk beberapa orang ustaz berhubung perkara itu. Saya tahu ada orang kata nama itu ‘berat’ untuk dipikul.
Asalnya hanya nak letak Muhammad sahaja, tapi isteri saya nak letak Jibril. Saya fikir banyak kali juga untuk tambah Jibril itu.
Namun selepas saya mengerjakan umrah ketika isteri sedang hamil, saya rasa Allah permudahkan segalanya. Jadi alhamdulillah, kami sepakat letak Muhammad Jibril.
Opai berkongsi mengenai ketika ditemui di set penggambaran koleksi raya jenama Elrah Exclusive di Semenyih, pada Khamis.
Berkongsi mengenai perkembangan Jibril, Opai berkata, anaknya itu kini sudah pandai berjalan dan bercakap.
Jibril dah pandai sebut papa dan mama. Alhamdulillah, Jibril sekarang juga dah pandai berjalan dan kini sudah berusia 10 bulan.
Imbas kembali, Opai mendirikan rumah tangga dengan bekas selebriti, Fatin Afeefa pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Jibril.
Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 9.
Bahkan, Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian daripada perkahwinan pertamanya.