Di Amerika Syarikat, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menembak mati bapanya di rumah mereka di timur Orange County, bulan lalu. Menurut Syerif John Mina, bapa kanak-kanak itu, Reggie Mabry, ditemukan cedera di rumah pada 26 Mei lalu.
Mempunyai rekod jenayah
Menerusi laporan Global News, kejadian itu disedari selepas timbalan syerif pergi ke rumah mangsa susulan panggilan kecemasan mengenai tembakan itu. Isteri mangsa, Marie Ayala dipercayai sedang melakukan pernafasan kecemasan ketika pihak penyelamat tiba. Mabry disahkan meninggal dunia di hospital dan timbalan syerif pada mulanya menganggap tembakan itu adalah bunuh diri.
Walau bagaimanapun, perkara itu terbongkar selepas anak pasangan itu yang berusia lima tahun memberitahu detektif bahawa adiknya yang berusia dua tahun itu melepaskan tembakan. Seorang bayi berusia lima bulan turut berada di rumah ketika kejadian itu berlaku. Hasil siasatan oleh pihak berkuasa, pasangan suami isteri itu pernah mempunyai rekod jenayah atas tuduhan pengabaian kanak-kanak dan dadah.
Dah suruh simpan di tempat selamat
Di samping itu, pasangan berkenaan didapati meninggalkan pistol secara mudah diakses di dalam beg, di mana anak-anak boleh menemuinya. Berikutan daripada itu, Ayala dipenjarakan atas beberapa pertuduhan.
Saya sudah tekankan, senjata api perlu disimpan di tempat selamat dan dijauhkan daripada tangan dan jauh daripada kanak-kanak pada setiap masa. Pemilik senjata api yang tidak menjaga senjata api mereka dengan betul boleh menyebabkan tragedi seperti ini berlaku di rumah mereka.
Sumber: Global News