berita

Letih Jaga Isteri Sakit, ‘Atok’ 81 Tahun Mengaku Tolak Isteri Berkerusi Roda Ke Dalam Laut

November 6th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki berusia 81 tahun telah ditahan polis kerana didakwa membunuh isterinya yang berkerusi roda dengan menolak wanita itu jatuh ke dalam laut dalam satu kejadian pada 3 November lalu.

Tolak isteri jatuh dalam laut

Foto: Asahi

Suspek yang dikenali dengan nama Hiroshi Fujiwara dari Oiso, Jepun telah pergi ke rumah anak sulungnya dan mengaku membunuh isterinya, 79 tahun. Susulan daripada pengakuan tersebut, suspek ditahan selepas si anak membuat laporan polis.

Ayah kata dia tolak ibu ke dalam laut.

Berdasarkan soal siasat, suspek dikatakan telah membawa isterinya bersiar-siar di kawasan jeti selama beberapa minit sebelum dia bertindak kejam dengan menolaknya ke dalam laut. Suspek mendakwa nekad bertindak sedemikain kerana berasa ‘letih’ menjaga isterinya yang berkerusi roda sejak 40 tahun lalu. Menurut sumber, mayat mangsa kemudian ditemui dalam keadaan terapung oleh seorang nelayan.

Berita tersebut mengejutkan penduduk Jepun, namun ramai mengatakan bahawa kejadian itu mendedahkan situasi sebenar yang dihadapi sebilangan warga emas di negara itu. Oleh kerana tidak mendapat bantuan, mereka akhirnya terpaksa menjaga pasangan yang juga warga emas.

Sumber: The Jurusalem Post

SKIP THIS AD ×