berita

Letupan Bom Di Istanbul Disyaki Angkara Pengganas Wanita

November 14th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Insiden letupan bom yang menggemparkan kota Istanbul petang semalam (Ahad) disyaki didalangi oleh seorang wanita.

Artike Berkaitan: Lebih 165 Mangsa Korban, Letupan Bahan Kimia Pernah Gegarkan Bandar Tianjin, China

Artike Berkaitan: Letupkan Dubur Guna Dinamit & Siat Kulit Sendiri, Doktor Kongsi Kes Pesakit Skizofrenia

Menurut Naib Presiden Turkiye, Fuat Oktay, letupan yang berlaku di jalan tumpuan orang ramai membeli belah di ibu kota terbabit dipercayai akibat seranggan pengganas yang dijalankan oleh seorang wanita. Tambahnya lagi, pasukan forensik bersama lima orang pendakwa raya ditugaskan di lokasi bagi menyiasat kejadian tersebut.

Berdasarkan maklumat yang diterima setakat ini, enam mangsa dilaporkan maut dalam serangan letupan itu, manakala 81 dilaporkan cedera. Bagaimanapun, pihak berkuasa masih menyiasat punca sebenar insiden berkenaan, yang turut dirakam oleh beberapa orang saksi dan dimuat naik di media sosial sejurus kejadian.

Terdahulu, kejadian letupan telah menggegarkan Istiklal Street, di kawasan Dataran Taksim, Istanbul pada jam 4.20 petang waktu tempatan sehingga mengorbankan beberapa nyawa.

Sumber: CNN

SKIP THIS AD ×