berita

Lebih 165 Mangsa Korban, Letupan Bahan Kimia Pernah Gegarkan Bandar Tianjin, China

August 7th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Letupan terbaru yang berlaku di sebuah gudang di pelabuhan Beirut, Lubnan telah mengorbankan lebih 100 nyawa dan kira-kira 4,000 orang tercedera. Letupan tersebut dipercayai berpunca daripada bekalan 2,750 tan ammonia nitrat yang disimpan di dalam gudang berkenaan.

Artikel berkaitan: Digunakan Sebagai Baja, Apa Itu Ammonia Nitrat Sehingga Korbankan Lebih 100 Nyawa Di Beirut?

Tahukah anda, letupan gudang yang didakwa berpunca daripada bahan kimia ini pernah berlaku di negara Asia iaitu China. Tragedi itu berlaku pada tahun Ogos 2015 dengan mengorbankan kira-kira 165 nyawa. Bukan itu sahaja, malah bangunan, sekolah dan ribuan kenderaan juga musnah.

165 jadi mangsa

Pelabuhan Tianjin merupakan perindustrian hab perdagangan utama logam dan keluli terpenting di negara China. Malah, pelabuhan itu merupakan jalan utama keluar masuk dari Beijing. Pada Ogos 2015, sebuah letupan besar telah berlaku di pelabuhan Bohai di Tianjin, China. Terdapat lebih ratusan tan bahan kimia mudah terbakar jenis sodium cyanide disimpan di dalam gudang berkenaan. Seramai 165 orang menjadi mangsa dalam insiden tersebut, juga lebih 1 billion Dollar kerugian yang dialami.

Menurut laporan yang dilaporkan menerusi Greenpeace, insiden kebakaran dan letupan sering berlaku di negara China setiap tahun. Kerajaan China mendakwa kemungkinan besar insiden letupan berlaku adalah disebabkan kelalaian pihak syarikat dan pengurusan pentadbiran.

Lebih ribuan kereta musnah

Laporan daripada Pusat Rangkaian Gempa Bumi China mengatakan letupan pertama berlaku di bandar Tianjin yang mempunyai populasi 15 juta penduduk sekuat 3 tan TNT manakala letupan kedua sekuat 21 tan TNT.

Terdapat lebih 5,500 buah kereta yang diletakkan di sebuah taman logistik berhampiran juga musnah ekoran letupan itu. Terdapat dua syarikat keluaran kenderaan yang terkesan daripada letupan itu adalah Renault sebanyak 1,500 buah dan jenama Hyundai kira-kira 4,000.

Bagaimana letupan terhasil?

Memetik laporan BBC News, didakwa pekerja syarikat tersebut menyimpan bahan-bahan kimia mudah terbakar termasuk calcium carbide, sodium cyanide, potassium nitrate, ammonium nitrate dan sodium nitrate di dalam gudang tersebut. Susulan daripada penyimpanan bahan kimia tersebut, pemilik Tianjin Dongjiang Port Ruihai International Logistics telah ditangkap pihak berkuasa.

Sebelum letupan berlaku, sepasukan anggota bomba telah bersedia berada di tempat kejadian dalam usaha mengawal kebakaran yang bakal berlaku. Malah, terdapat beberapa andaian dimana mengatakan air yang disembur ke arah bahan kimia adalah menjadi penyebab kepada letupan.

Kesan daripada letupan tersebut, seluruh bangunan, sekolah dan kenderaan di bandar Tianjin musnah. Lebih 720 orang dibawa ke hospital dan kira-kira 60 orang cedera parah dalam letupan itu.

Sumber: BBC News, Independent, C&en

SKIP THIS AD ×