berita

Lewat Hantar Bekalan Vaksin Covid-19, Itali Dakwa Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Pfizer

January 21st, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pesuruhjaya Khas untuk pandemik Covid-19 di Itali iaitu Domenico Arcuri memberitahu bahawa mereka bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap firma farmaseutikal gergasi, Pfizer, atas kelewatan penghantaran vaksin COVID-19.

Kesihatan rakyat sangat penting

Menerusi laparan The New York Times, Arcuri berkata kesihatan seluruh warga Itali adalah perkara paling penting bagi mereka. Tambahnya, vaksin juga menjadi keperluan mendesak bagi mereka sekarang. Arcuri turut memaklumkan pertemuan dengan menteri dan pemimpin wilayah mesti dijalankan bagi mempertimbang bagaimana kaedah terbaik untuk melindungi rakyat Itali.

Melindungi kesihatan warga Itali bukan perkara yang boleh dirundingkan. Keputusan sebulat suara ini menyaksikan tindakan undang-undang akan diambil dalam beberapa hari akan datang.

Terdahulu, vaksin Pfizer BioNTech yang dibangunkan sangat cepat ini memperoleh persetujuan untuk digunakan di negara Kesatuan Eropah (EU) pada akhir Disember lalu. Namun begitu, Pfizer turut memaklumkan kerja-kerja memproses vaksin tersebut di Belgium terpaksa ditunda selama tiga hingga empat minggu. Mereka juga berusaha mempercepatkan penghantaran kesemua vaksin kepada tempoh seminggu.

Sumber: The New York Times

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×