berita

‘Library Tutup, Study Dekat Bilik Mayat Jela…’

February 2nd, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

??

Beberapa hari lalu, viral di media sosial apabila seorang pengguna Twitter iaitu Cik Anas, berkongsi kisah seorang pelajar memberikan teguran buat dua kanak-kanak selepas dipercayai membuat bising di dalam sebuah restoran makanan segera dan menggangu mereka belajar.

Susulan daripada isu berkenaan, seorang gadis yang dikenali sebagai Ina Firahza, meluahkan perasaannya sebagai seorang pelajar. Menurutnya, pelajar juga mempunyai hak mereka sendiri dan mereka turut membeli makanan mahupun minuman di restoran makanan segera itu.

Tempat belajar selepas perpustakaan tutup

Menurut Ina di Facebook, ibu bapa tidak menjaga dan memerhatikan anak mereka sewaktu berada di restoran makanan segera tersbeut. Mereka hanya makan dan membiarkan anak mereka bermain sehingga bising. Hal tersebut, membuatkan pelajar dan pengunjung terganggu. Tambahnya, ibu bapa yang berkunjung ke restoran tersebut turut bersembang dan hanya membeli sedikit sahaja makanan dan minuman.

Berhubung isu belajar di restoran tersebut, Ina memberitahu bahawa mereka akan berada di situ selepas perpustakaan tutup. Pada masa yang sama, dia turut mempersoalkan ibu bapa yang membawa anak-anak keluar makan pada waktu malam. Di samping itu, Ina memberitahu bahawa pelajar juga mempunyai wang dan mereka merupakan pelanggan yang selalu memberi sokongan terhadap restoran makanan segera itu.

Sejuk pun sejuk

Pelbagai pandangan dan pendapat turut ditinggalkan oleh netizen berhubung isu tersebut. Sebagai contoh, mereka memberitahu bahawa tempat makan merupakan tempat di mana semua orang berkumpul dan bersembang. Sebagai pelajar, mereka perlu pandai memilih tempat dan rumah merupakan salah satu tempat yang terbaik selain perpustakaan.

Sumber: Cik Anas, Ina Firahza Azms & Khairul Faizie

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×