Beberapa hari yang lalu, nama pelawak dan pengacara popular iaitu Shuk Sahar menjadi bualan hangat selepas dia didakwa berlaku curang dan tidak pulang ke rumah. Perkara ini didedahkan sendiri oleh isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah menerusi laman Instagram miliknya.
Artikel berkaitan: ‘Aku Dah Cukup Pendam Macam-Macam!’ – Isteri Dakwa Shuk Curang Lagi?
Artikel berkaitan: ‘Tu Suara Bini Kau Nangis Lah Shuk!’ – Instagram Shuk Sahar Diserang Netizen
Terbaru, Rossa memuat naik satu posting bahawa dia akan meneruskan kehidupan bersama dua orang anaknya iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimy.
Dua anak nak kena tanggung
No matter what happen, life must be go on sebab ada dua anak lagi sera nak kena tanggung. I am a strong women because a strong women raised me.
Di Instagram, Rossa memuat naik satu kapsyen di mana walau apa jua berlaku, kehidupan masih perlu diteruskan. Ini kerana, dia perlu menanggung dua orang anak. Tambahnya, dia seorang wanita yang kuat dan wanita yang kuat juga telah membesarkannya. Menjengah di Instagram Storynya pula, Rossa dipercayai masih meneruskan kerja-kerja ‘paid reviewnya’.
Pernah merayu untuk kembali semula
Terdahulu, Rossa telah bertindak ke rumah Farah selepas suaminya dikatakan tidak pulang. Namun dia dihalau walaupun dia yakin Shuk berada di dalam rumah tersebut memandangkan Farah tidak mengizinkan dirinya untuk memeriksa dalam rumah itu.
Rossa turut meluahkan rasa kecewa apabila dirinya pernah merayu kepada Shuk untuk kembali semula, namun segalanya gagal. Malah dia mendakwa sering ditipu sehingga perkara ini berlarutan dalam rumah tangga mereka.
Sumber: Rossa.sera