berita

‘Tu Suara Bini Kau Nangis Lah Shuk!’ – Instagram Shuk Sahar Diserang Netizen

January 23rd, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Nama pelawak dan pengacara popular iaitu Shuk Sahar menjadi bualan hangat selepas dia dikatakan berlaku curang dan tidak pulang ke rumah. Perkara ini didedahkan sendiri oleh isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah menerusi laman Instagram miliknya.

Artikel Berkaitan : ‘Aku Dah Cukup Pendam Macam-Macam!’ – Isteri Dakwa Shuk Curang Lagi?

Terbaru, Instagram penyampai radio ini mula diserang oleh netizen yang geram perbuatan curang seperti yang didakwa oleh isterinya. Walau bagaimanapun, Shuk masih tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara ini.

Ada dengar menangis

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ????? ?? ????????? (@shuk_hotfm)

Di posting terakhir Instagram, Shuk Sahar berkongsi pengalaman seram ketika membuat ‘live’ di radio menerusi IG Live bersama pengikutnya. Namun rata-ratanya mendengar suara seorang wanita sedang menangis. Lebih menyeramkan apabila penyampai radio itu menafikan ada mendengar sebarang tangisan mahupun suara seorang wanita sehinggalah dia melihat dan mendengar kembali rakaman tersebut.

Namun, hari ini posting tersebut dibanjiri komen netizen yang mula menghentam penyampai radio tersebut. Pelbagai kata-kata kesat yang dilemparkan dan tak kurang juga menasihati Shuk dengan cara baik. Malah ada mengaitkan suara wanita menangis itu adalah seperti tangisan isterinya. Aduh kelakar pula..

Tu suara bini kau lah Shuk

 

 

Sumber : Shuk Sahar

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×